Monday, December 7, 2009

Satu demi satu nikmat Allah ditarik balik

Dua minggu lepas Mad Bomber ada pi lawan badminton. Opis suruh jadi manager saja bawa budak budak main. Lawan pula di indoor arena Bank Negara..cantik court dia ...rasa macam kat stadium pulak. Bila mai time acara veteran Abang Zul tak mai...sakit lutut katanya ..apa lagi terpaksala Mad Bomber turun ganti ..kira macam Soo Beng Kiang la sebab main tangan kiri. Tak pernah Mad Bomber main dari 9 pagi sampai 6 petang..itu pun nasib baik kalah diseparuh akhir kalau masuk final lagi kacau. Masa main Mad Bomber rasa badan lain macam saja...seram sejuk macam lalu kat titi bukit Selambau estet waktu malam saja. Bini Mas Bomber ada masa tu dia kata badan Mad Bomber menggigil tapi Mad Bomber tak rasa pun badan menggigil.
Lepas balik rumah, Mad Bomber terus tidur sebab badan letih sangat... lepas dua tida hari letih masi tak hilang..macam macam minum nak bagi hilang letih... Livita, Tongkat Ali, tongkat Ali Gelok semua minum tapi letih macam tu jugak. Masa di opis Selasa lepas Mad Bomber rasa lain macam saja...bernaas macam tak lepas...Mad Bomber pi check kat klinik... Mad Bomber bagi tau Mad Bomber tak merokok (sebab sebagai Bomber dulu memang tak digalak merokok sebab bahaya), aktif sukan...tapi bila buat ECG ada pergerakan jantung tak normal kata Dr. Mad Bomber kata dalam hati Dr ni mesti mengaji tak habis ni..mana boleh orang tak merokok dan bersukan kena sakit jantung.
Dia dan dan tulis surat suruh pi check kat pakar la la tu jugak...aikk ni dah serius ni sampai tak dan dan nak tunggu esok. Mau tak mau Mad Bomber gagah juga pi jumpa pakar...4 jam tunggu rsult pun diterima...masuk wad esok buat Engioplasty.
Esoknya 3pm Mad Bomber diusung masuk ke Operation Theather sambil memerhati muka isteri dan anak anak..sayu juga sebab macam dalam drama selalu kalau babak ni kira sedih habis la. Confirm ada satu saluran sumbat..Dr kata terus masuk belon (bukan belon yang jual kat kedai syarikat tu) tapi belon tu macam belon yang Mad Bomber buat dengan getah sekerap masa dok motong dulu. Masa dia dok peso tu la sakit ya amat depa dok tekan...tak malu lagi dah depa golek telanjang bulat atas tempat operate tu macam Mad bomber ni lembu korban saja...Mad Bomber bagi tau kat nurse tu hampa buat la apa pun janji baik sudah.
La ni Mad Bomber tengah rehat dapat cuti 10 hari. Kalau penyakit ni kena masa motong dulu maknanya dapat la off motong 10 hari ...
Doktor pesan Mad bomber you kena stop makan roti canai, lemak, makanan berminyak...agak agak nya kalau kat Selambau Hill dulu apa makanan yang tak ada lemak dan berminyak...yang Mad Bomber tau kalau tak nak makanan berminyak kena makan buah cenerai saja atau laksa tok siak saja...kalau kat kedai Pak Tam semua Dr tak bagi. Satu faktor lagi yang Dr bagi tau ialah faktor keturunan..mungkin arwah ayah Mad Bomber dulu ada penyakit ni..Wallahualam.

Tuesday, September 8, 2009

Aidilfitri dan Keb serta samprit Che Su Nasir

Satu hari Tok Yob mencadangkan kepada Mak Kiah..." Pi la belajag buat Keb (Kek) dengan Che Su tu" Memang keb (kek) arwah mak sedap..mungkin Tok Yob ada makan sebelum tu..sebab tu la dia suruh mak kiah pi belajag buat keb tu. Memang kelebihan arwah mak ialah kebolehan membuat kueh moden seperti samprit, keb, kueh kacang dan lain lain lagi. Kalau yang sama umur dengan arwah mak tak dak yang boleh lawan buat kueh moden ni..Tok sepiah (karas), Tok Cik Tok Kasa (Kueh Bakar), Tok Munah (dodoi), Mak Kiah (Bahulu), Kak Asa (bihun kot), Tok Nah Tok aris (tak tau sebab jarang pi raya rumah dia)...Laksa rumah Kak Puan (Tok Cha), Bi hunsup (Mak Nah tok som). Cuma kak tam yang juara..tu pun juara Kueh Makmur saja..(tahun ni boleh pi pekena makmur kak tam kot).

Getah skrap dan baju raya

10 hari lagi aidilfitri menjelang tiba. Dah berapa hari tak boleh pi motong..hujan dok turun hari hari. Baju raya budak budak tak beli lagi... mana nak cekau duit ni...barang kat kedai pajak pun tak tebus lagi ...mungkin itulah keluhan arwah ayah kepada arwah mak setiap kali nak raya. Hutang kedai syarikat pun tak luak luak..ni nak pi ambil barang nak raya lagi.
Tak tau macam mana tup tup esok mak suruh siap semua sekali naik kereta Yu Chin pi Sg Petani..apa lagi Kedai Syukur atau pun kedai Osman la . Baguihnya Mad Bomber dulu dan saudara yang lain..kami tak pernah bantah pilihan baju atau seluar yang ayah pilih..ayah pilih hijau ..hijau la ..kalau biru..biru la..tak reti langsung nak pilih sendiri. Kami reda dengan apa yang dapat.
Ada orang kata hang tak boleh la nak ikut masa hang kecik kecik dulu di kampung..zaman la dah berubah..memang zaman dah berubah tapi budi bahasa..adab sopan...tak pernah berubah.....sebenarnya kalau Mad Bomber diberi pilihan memang Mad Bomber nak balik kezaman tahun 70an dulu di Selambau Hill dalam suasana menyambut raya ni..syok sungguh.

Teringat kat Tok Wan Nasir

Setiap kali 15 Ramadan Mad Bomber akan terkenangkan kepada arwah ayah yang telah kembali mengadap Ilahi 23 tahun yang lalu. Macam baru semalam saja ayah pergi. Teringat ketika itu Mad Bomber pergi bertarawikh di masjid Ampang Baru dekat dengan Politeknik Ungku Omar..kawan kawan serumah tak pergi...bila Mad Bomber balik semua pakat diam..Boga, Aziz Ayag Merah, Mat Aris Padang Serai, Mi siam Kangark, Ramli Sabak, Khalid Penang, Ki Lun Kepala Batas dan Khosim Sg Tiang semua pakat tak bercakap. Semua diam. Bila Mad Bomber tanya awat pakat diam ni ada orang mati ka...terus Aziz Ayaq Merah (La ni lecturer Politeknik) yang kami anggap ketua kami hulur satu mesej dari polis yang berbunyi " Ayah telah meninggal dunia minta balik segera" kiriman K/84158..Mad Bomber tahu itu nombor polis abang ipar Mad Bomber..mesti sahih punya berita ni. Dua minggu lagi final exam pertengahan penggal final year. Kawan kawan pakat hantar ke stesen bas Ipoh dan Mad Bomber naik bas terus ke Sg Petani.
Semalam Mad Bomber sekeluarga mengadakan majlis bacaan Yaasin sempena Fatyah exam UPSR bersekali dengan tahlil untuk arwah ayah dan mak serta abang Bon..semoga pahalanya sampai kepada roh mereka dan semoga Fathyah juga mendapat keputusan yang baik.

Wednesday, August 26, 2009

Bazar Ramadan

Sudah 5 hari kita berpuasa. Mad Bomber lega sikit sebab boleh balik seawal 4pm sepanjang bulan puasa ni..ada la masa pi round round bazar Ramadan. Dah dua tiga bazar dok pi round semua sama saja menunya. Seperkara yang ramai tak berapa perasan ialah para peniaga yang berjualan di Bazar. Yang perempuan tak tutup aurat dengan penampilan agak seksi mungkin nak tarik pembeli kot dan yang jantan pula pakai gelang, rantai dan ada yang pakai subang. Kata seorang ustaz yang pernah bagi ceramah dia kata jangan beli kalau penjual tak tutup aurat ni dan berpakaian tak ikut islam ni. Bulan posa ni teringat ais ketoi pak tam Selambau Hill. Masa berbuka menu kanji arwah mak dan jus tembikai arwah ayah tetap diingati.

Jakarta

Minggu lepas Mad Bomber ke Jakarta atas urusan kerja. Menjejak kaki ke kota metropolitan dengan kepadatan penduduk hampir sama jumlah penduduk Malaysia amat memeritkan..macet (sesak) dimana mana. Nikmat nasi padang Restoran Sederhana dan Garuda pasti tidak mudah dilupa. Seperkara yang menjadi iktibar ialah betapa kita amat bertuah berada di bumi Malaysia...sedih bila melihat kanak kanak sebaya Sarah mendukung adik sebaya Wawa meminta sedekah ditepi jalan dengan mata yang kuyu dan pakaian yang compang camping. Mad Bomber hulur 1000 rupiah si kakak merayu rayu minta lagi sebab tak cukup katanya. Pesan pemandu teksi jangan beri nanti ramai akan ekori awak..memang betul lepas itu ramai yang mengelingi Mad Bomber menghulur tangan. Semasa berjalan jalan dipasar hampir mengalir air mata Mad Bomber bila seorang adik menarik abangnya di atas papan yang dipasang roda..siabang kejang kaku akibat angin ahmar terlentang dipapan tersebut ditarik ditengah panas meminta belas kasihan orang ramai menghulur sesuatu untuk rezeki mereka berdua. Pada maghrib ramai yang mandi manda ditepi longkang pinggir jalan dengan anak anak kecil terlanjang bulat...nak kenak pampers macam Wawa jauh sekali agaknya. Seorang pemandu teksi memberitahu dia merantau bersama isteri dan seorang anaknya dari Padang Sumatera sejauh 28jam perjalanan darat demi mencari rezeki di kota ini,dengan menyewa rumah dengan kadar RM180 sebulan dia masih tidak mampu membayar sewa tersebut dengan hasil teksi yang tidak seberapa. Seperkara yang bagusnya ialah pemandu kenderaan di Jakarta lebih berdisiplin berbanding pemandu di KL. Mungkin satu hari Mad Bomber akan kesana lagi bersama Wawa.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

10 mei setiap tahun walaupun tidak secara rasminya semua negara menyambut hari ibu. Bersempena hari ibu ini juga Mad Bomber terkenangkan kepada arwah ibu tersayang Che Soo binti Saad. Seorang ibu dan merangkap bapa setelah bapa pergi terlebih dahulu. Insan bernama Che Soo Saad adalah satu satu nya nama yang setiap hari tersemat dihati Mad Bomber, sekurang kurang setiap solat 5 waktu doa buat mu ibu tidak pernah terlepas. Didoakan rohmu sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh para syuhada dan solihin.
Terkenangkan perit jerihmu menoreh getah sejak Mad Bomber mengenal dunia ini sehinggalah keakhir hayatmu. Masih segar diingatan bagaimana tidurmu sekadar beberapa detik demi membuat persediaan kuih untuk dijual. Terbayang bayang kudratmu membuat kerepek pisang dan ubi demi membesar anak anak yang tidak tahu betapa sukarnya kehidupanmu keika itu. Paginya kau menoreh getah secara pawah dan petangnya membuat bendang secara sambilan. Syukur kerana Mad bomber menamatkan quran dibawah tunjuk ajarmu.
Acar limau mu membuat kerinduan kepadamu ibu tambah menebal. Lama sudah tidurku tidak bermimpikan kehadiranmu.
Mengayuh basikal sejauh 4 batu setiap pagi membawamu ke kebun getah seolah olah baru semalam berlalu...kena berleter sebab malas menolong menoreh dulu seperti minggu lepas saja..menghantar kueh kekedai seperti aktiviti harian saja...kau tidak pernah mengeluh bila kueh kueh di kedai pak tam banyak yang tidak habis...itu saja rezeki kita hari ni...petua arwah ibu yang diamalkan sehingga kini cium duit setiap kali dapat rezeki atau gaji.
Wahai ibuku pesananmu untuk anak anakmu jadi orang tetap diingat...tak guna belajar tinggi kalau tak jadi orang. Sembahyang jangan tinggal..itulah ingatan dan pesanan acapkali diulang ulang.
Buat ibu dan ayah...kami anak anakmu sentiasa mendoakan rohmu berdua ditempatkan disisi orang orang yang diredai. Semoga hidupmu di alam barzakh beroleh perlindungan dari Allah hendaknya..alfatihah.

Sunday, May 3, 2009

Dunia ini kecil

Minggu lepas Mad bomber terserempak dengan seorang kawan yang telah lama tidak berjumpa. Mad Bomber terserempak dengan kawan ini masa turun dari eskalator di pejabat saudagar minyak tempat Mad Bomber kerja. Apa lagi Mad Bomber terus jerit nama dia..Shamsairi...dia pun apa lagi terus membalas ...Mat Kedah.....dia terus peluk Mad Bomber dikhalayak ramai ditengah lobi menara kembar siam tu. Kawan Mad Bomber ni adalah room mate masa di asrama PUO dulu..Mad Bomber jurusan Mekanikal ..manakala Shamsairi Automotive. Kami sama sama tinggal satu hostel. Lepas tamat Mad Bomber dengar Shamsairi ke Jepun dan Mad Bomber ke Koreasambung degree tapi Mad Bomber tak pergi. Shamsairi sekarang dah Senior Manager kat salah satu department kat syarikat saudagar minyak...pegang bahagian gas..macamana dari kejuruteraan automotive boleh masuk industri gas. Kami tak sempat sembang lama tapi dah berjanji nak jumpa lepas ini.
Sama seperti shamsairi..semalam Mad Bomber terserempak pula dengan Khozai..rakan di PUO dulu..dia sekelas dengan shamsairi...Khozai sekarang taukeh worksyop kereta di Gombak..memang patut dia lulusan automotive buka bengkel kereta. Itulah selepas tamat di PUO pada 1986 kami tidak pernah berjumpa tapi dunia ini kecil...atas aturan Allah kami dapat berjumpa dengan mudah sekali walaupun tidak pernah bermimpi akan berjumpa selepas lebih 20 tahun berpisah.
Kejadian ini mengimbau kepada satu kisah pada 2001 lalu..beberapa ketika sebelum WTC New York runtukh Mad Bomber menjejaki kaki ke Kotaraya terbesar di dunia ini..New York. Mad Bomber singgah bercuti di New York selepas selesai tugas di Washington DC. Sesampai di New York cuaca amat sejuk...yang Mad Bomber ingat buldozer menyodok sajli yang tebal di jalanraya. Itulah pengalaman berada dalam cuaca yang amat sejuk sekali.. Perjalanan dari airport Newark ke World Trade Center amat lancar. Sesampai disana Mad Bomber mengabil train dari stesen bawah tanah world Trade Center ke China town kerana mengikut petua kawan yang pernah kesana..China Town New York banyak hotel murah. Sesampai di China Town Mad Bomber jadi kelabu kerana cuaca hampir gelap tak tahu nak tuju mana dengan keadaan amatlah sejuk dan pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca. Akhirnya seorang perempuan cina mempelawa mamsuk kekkedainya yang menjual pakaian. Perempuan cina itu kata pakaian Mad Bomber tidak sesuai dna kasut yang Mad Bomber pakai pun tidak dipakai orang Amerika masa musim salji. Mana Mad Bomber tahu tak sesuai..di Selambau Hill mana ada salji. Dia ppropose Mad Bomber beli beberapa helai baju dan aksesori murah untuk elak sejuk... dalam pada itu kami bersembang dan rupanya perempun cina tu asal dari Balakong dan suami dia dari Shah Alam...bila dia tau Mad Bomber dari Malaysia apa lagi...kami bersembang lama...tapi harga tak kurang jugak...lepas tu taukeh dia keluar...dia pelawa Mad Bomber masuk duduk dekat heater ..baru lega sikit...lepas bersembang dengan dia taukeh dia yang muka nak iras cina tiba tiba bioleh bercakap melayu..terkejut beruk Mad Bomber..rupa rupanya dia adalah bekas pendatang haran Vietnam yang pernah tinggal di penempatan Vietnam di Sungai Besi hampir 8 tahun..patut boleh bercakap Melayu...dia yang petua lokasi hotel yang murah di sekitar Manhattan..dapatlah hotel 60 dollar semalam.
Dalam percutian Mad Bomber banyak menghabiskan masa di kawasan Manhattan...lebih tepat Avenue 9..terjumpa pulak seorang lelaki Bangla bila Mad Bomber tanya restoran halal..rupa rupanya dia pun pernah duduk di Malaysia..kerja kontrak di Gombak...terus jadi kawan. Itulah dunia ini kecil...dan kadang kadang kita tidak pernah terfikir Allah mendatangkan pertolonganNya tanpa kita sedari dan memudahkan segala urusan kita tanpa kita mengucapkan syukur padaNya. Ingin sangat Mad Bomber nak ke New York semula...mana mungkin restoran di Malaysia menyediakan ruang solat di pintu depan restoran mereka seperti restoran islam di Avenue 9, Manhattan ini...semua pemadu teksi dan orang awam boleh datang bersolat direstoran ini sambil menunggu makanan mereka disediakan. Adakah restoran ini masih wujud atau turut musnah kerana lokasinya terlalu hampir dengan WTC.

Monday, April 20, 2009

Jam dinding SEIKO

Jam dinding rumah Mad Bomber dah dua minggu rosak dan sentiasa tunjuk pukul 9.20...magrib pun 9.20 subuh pun 9.20 mungkin time Nigeria kot. Jam dinding jenama SEIKO tu dah dua kali hantar repair..jam tu cukup memberi kenangan kepada Selambau Hill. Jam tersebut adalah pusaka arwah ayah Mad Bomber yang tergantung didinding rumah di kg di Selambau Hill..selepas arwah mak meninggal Mad Bomber ambil jam tersebut bawa balik kerumah Mad Bomber. Katalah kedai kata tak boleh repair lagi jam tersebut tetap akan tergantung di ruang tamu rumah Mad Bomber...kerana jam dinding tersebut membawa kenangan Mad Bomber dua insan yang tidak jemus seperti tidak jemunya jarum jam Seiko tu berputar membesar dan mendidik Mad Bomber dan 6 saudara yang lain.

Pelam epon

Petang tadi Mad Bomber balik awai sikit dari ofis..selalu keluaq ofis orang dah azan maghrib atau Mad Bomber solat maghrib dulu baru balik. Lama juga tak roun.d round kat Chow Kit. Chow Kit macam tu jugak macam Jakarta..tetapi tadi ada macam muka Viet Cong Vietnam pun ada dok jual pelam epon. Tengok saja pelam epon terus Mad Bomber teringat kat arwah mak. Sayang sungguh dia kat pokok pelam epon depan rumah di Selambau Hill. Macam macam petua arwah mak buat seperti lilit kain buruk kat perdu pokok pelam epon tu supaya buah dia lekat macam lekatnya kain buruk tu kat perdu . Ada sekali pelam epon mula berbuah ..amboi bulat berkilat bukan main...mak siap balut takut kena ulat...Mad Bomber pun tak sabar nak makan pelam epon tu..benih kalau tak silap arwah mak ambil rumah sapa ntah tak ingat...pesan arawah mak "hampa jangan dok buat cicah pelam epon ni nanti dia buruk" adik Mad Bomber yang cikgu kat Sek Ibrahim dan nurse kat PPUM diharam panjat pokok pelam epon tu..takut buah merekah. Sampai hari ni Mad Bomber belum terjumpa kajian saintifik kena mengena balut kain buruk kat perdu, cicah sambai belacan dengan pelam epon jjadi buruk dan orang pompuan tak boleh panjat pokok takut buah dia merekah..mungkin anak buah Mad Bomber boleh buat kajian masa di U nanti sebab musababnya. Dalam dok teringatkan pokok pelam epon arwah mak di Selambau Hil Mad Bomber kaut masuk penimbang sampai 3 kilo pelam epon Chow Kit. Jadilah pelam epon pun dapat membawa kenagan bersama arwah mak masa di Selambau Hill dulu.

Sunday, April 19, 2009

Pengalaman di Toronto

Mad Bomber pernah ke Toronto 3 tahun lepas...walaupun telah lama berlalu Mad Bomber ingin berkongsi sedikit pengalaman ke Canada. Perjalanan hampir 26 jam memang menjemukan, dua kali berhenti sekali di Hong Kong dan kali kedua di Anchorage, Alaska. Mad Bomber tak pernah dengar mengenai Anchorage sebelum ini tetapi bila mendapat itenary ada tercatat Anchorage terus MadBomber check internet...Anchorage adalah sebuah bandar di Alaska. sebuah wilayah Amerika di kutub utara. Masa Mad Bomber sampai Anchorage, cuaca sangat sejuk keliling airport dia penuh gunung yang cantik. Kalau boleh satu hari nak bawa Wawa pi Anchorage main salji. Sampai di Toronto airport 11 malam, queue di imigresen hampir sejam mujur bila sampai turn Mad Bomber pegawai imigresen itu kena hembus terus dia cop passport Mad Bomber. Mad Bomber terus cari transport ke Brodie tempat kursus dapat satu MPV drebar dia budak muda kami sembang dalam perjalanan hampir 3 jam ke Brodie. Highway mak datuk sebelah 6 lorong kalau nak lintas mampus tak lepas.
Mad Bomber duduk hotel comfort Inn tepi highway (itulah standard Mad Bomber duduk hotel 40 dollar) saja tapi ok macam Seri Malaysia jugak. Habis kursus Mad Bomber sambung cuti di Toronto selama 5 hari..cuti sorang sorang. Hotel Mad Bomber booking masa kat Malaysia lagi melalui internet dapat murah dalam 30 dollar saja. Masa pi hotel tu nampak ok saja tepi kampung, pinggir kotaraya Toronto...esoknya Mad Bomber jalan kat pasar dia baru tau Mad Bomber duduk di perkampungan Yahudi. Sebelah hotel ada rumah ibadat Yahudi rupa macam masjid. Setiap hari Mad Bomber pergi ke Masjid di Dundas, tengah tengah kotaraya Toronto...selain nak sembahyang saja nak tengok aktiviti islam di bumi Kanada ni. Orang Kanada azan 10 minit sebelum masuk waktu...jadi bila masuk saja waktu mereka terus sembahyang. Satu perkara yang menarik di masjid ni...masa Mad bomber masuk bilik ambil wuduk..terdapat notis melarang kencing berdiri ...masjid kita mana ada notis jangan kencing berdiri. Satu hari masa tengah sembahyang zohor..Mad Bomber berdiri disaf kedua..depan Mad Bomber ada seorang jemaah Negro yang agak tua..tengah dok sembahyang dia tumbang terus Mad Bomber sambut dan bawa ketepi...orang tua tu pitam..kemudian ada jemaah telefon ambulan dalam 5 minit ambulan sampai..semua ambulan mat salleh tapi depa semua hormat adab masjid..depa buka kasut bila masuk masjid. Setiap waktu solat ada tazkirah dan imam selalu mengingatkan para jemaah agar meningkatkan iman. Tetapi bila lepas solat ..keluar saja masjid tu diaa...perempuan mat salleh lalu lalang macam tak pakai baju saja..maklum la masjid dok depan komplek beli belah tengah2 kotaraya..tapi dan la juga jeling2 tengok walaupun wuduk masih ada. Mungkin satu hari Sarah atau Wawa pi belajar di Toronto boleh la pi Dundas Muslim Center di tengah2 Kota Toronto ini...dan juga melawat perkampungan Yahudi dekat Chinatown Toronto banyak jual ikan air tawar dari 5 great lake (Tasik Ontario) dan jangan lupa siapa siapa yang sampai ke Toronto lajak la pi ke Niagara Falls...menakjubkan ciptaan Allah swt.

PRK N25 Selambau Hill

Lama sungguh Mad Bomber tak balik ke Selambau Hill dan ronda sekeliling kawasan Selambau Hill ni. Tetapi bila tengok dalam Astro Awani baru baru ni masa mengundi N25 terkenang balik nostalgia zaman kecik kecik dulu di kg. Lama sungguh tak pi Batu Belacan, pokok Macang, Sg.Anak Ikan, Thye aik, Kongsi 6, Thye Seng, Sungkap Para, Petani Para, Bukit Lembu dan Sungai Lalang. Tak ketinggalan juga astro ada buat coverage di Lubuk Segintah dan Lubuk Kawah. Ini adalah tempat dimana berlangsungnya Premier League tahun 1978 hingga 1983 dimana posisi bek kiri adalah posisi yang tidak boleh digugat oleh sesiapa pun..itulah posisi Mad Bomber sehinggalah Selambau Premier League digantikan oleh Liga Perdana FAM sekarang ini. Pernah Mad Bomber pi lawan di Bukit Lembu...penyokong masuk padang sebab Harun Mat Ecek yang setanding dengan Wyane Rooney "pacak" salah seorang pemain Bukit Lembu (pemain India yang tak pakai kasut) apa lagi depa pakat masuk padang ...game hari tu habih takat tu saja ..lepas tu semua pakat takut nak balik..takut kena sekat oleh hindu Bukit Lembu...itu cerita lama..kegagahan team bola Selambau Hill sudah lenyap sama seperti lenyapnya kemasyuran team bola Malaysia era 80an dulu. Kayuh gerek sampai Batu Belacan atau Kola Sin atau Keda Batu 33 tak jadi hal...janji liga 7 sebelah jadi johan...pernah sekali Mad Bomber pi lawan 7 sebelah di Kebun Teh...tengah tengah main terpandang kepada salah seorang penonton yang turut serta memerhati gerak lincah Mad Bomber..beliau adalah Naset Ahmed...bangga.

Bila anak anak nak periksa...

Tahun ni 3 anak Mad Bomber periksa..Kakak ambil SPM, Angah ambik PMR dan Kak Lang UPSR dan Mad Bomber ambil KPR (Kepala Penin Runsing). Mad Bomber tak tau la samada arwah mak dan ayah Mad Bomber dulu penin atau tidak kalau anak anak nak ambil periksa...tapi yang tak penin ialah Mad Bomber sendiri...nak periksa Penilaian Darjah 5 ka, SRP ka atau SPM main combat tetap main, main bola tetap main bola...tuisyen ka, kelas motivasi ka tak pernah kenal. Mad Bomber bayangkan kalau tahun 1977 dulu kelas tuisyen bersepah di Selambau Hill atau kelas motivasi setiap minggu dibuat maka mungkin 8 orang exco Kedah dari Selambau Hill, 4 Menteri kabinet mungkin dari Sungkup, Thye Seng, Kg Tok Nyan atau Kg. Hj. Saad, mungkin juga Naib Cencelor UUM dari Kg Tengkorak Batu dan mungkin bukan Sheikh Muzaphar yang naik ke angkasa tetapi Man Tok Yop yang pi...tapi itu lah kadang kadang kaedah ROTANLOGI lebih efeftif dari PSIKOLOGI...ada ka anak anak yang nak ambil periksa mak bapak depa suruh pi masuk kelas Parenting Skill...tok Naset dulu mana ada masuk kelas parenting skill tapi semua anak anak jadi menusia....awat depa yang dok bagi parenting skill tu anak anak depa ok ka.... apa pun zaman dah berubah sedikit sebanyak kena la ikut juga..lepas tu kena bayaq depa buat duit sungguh dengan modal ayaq liuq ni...dulu kat kedai pak tam yang kaki sembang ni Mat Bongkok dan Li Tok Som... Mad Bomber pi kutip skrap bila balik depa tak habih lagi dok sembang kat kedai pak tam tu.

Saturday, April 18, 2009

Selambau Hill jadi popular

Hampir 2 bulan lebih Mad Bomber tidak aktif hantar new posting, bukan apa bak kata Tok Nah Tok Aris "mengkalu dok kerap sangat hantaq nanti orang jemu nak baca". Saja Mad Bomber malas nakaktif sebab dalam sebulan lepas dah banyak sangat free promotion yang media bagi pasal Selambau Hill..Mad Bomber sampai tak larat nak jawab SMS setiap kali Buletin Utama TV3 cerita pasal Selambau Hill..ada ka patut TV3 tunjuk orang Selambau Hill cedok ayaq telaga dengan anak berudu sekali..kg mana depa ambik tak tau la...jenuh Mad Bomber 'menangkis tohmahan dari kawan kawan yang dok kutuk orang Selambau Hill hidup macam sebelum merdeka lagi kata depa. Ada juga yang baguihnya TV3 bila dia tunjuk gambar area Taman Ria dia kata itu lah kawasan Selambau Hill..nampak la yang Selambau hill maju tapi yang lecehnyaada kawan dari Taman Ria pulak kutuk Mad Bomber...apa la Selambau Hill ni area Sungai Petani dia kata area Selambau Hill.
Walau apaun Mad Bomber teringatkan zaman Mad Bomber sekolah dulu bila time mengundi ni meriah sungguh tapi dulu orang berpolitik tak mcam la ni depa betui betui ikhlas ...orang dulu menangis tak mau dicalon tapi orang la menangis sebab tak dicalonkan..itulah kualiti pemimpin la ni.

Monday, February 9, 2009

Saudagar minyak

Lama juga Mad Bomber tak bagi posting baru, bukan apa modem keluar asap baru dibaiki oleh TM. Mad Bomber baru seminggu masuk jadi ahli dalam syarikat saudagar minyak. Mula mula masuk taukeh saudagar miyak ni suruh Mad Bomber masuk kursus nak kenal syarikat saudagar minyak jadi kenalah pi bertapa 18 hari tanpa henti sampai malam dok dengar macam mana nak cari dan nak jual macam jenis minyak ni. Mad Bomber dilantik jadi penghulu dalam 50 orang yang hadir ni. Semua sekali 100 orang tapi dibahagi 2 group. Ada ramai yang dah kerja 5 atau 6 bulan dengan saudagar minyak ni tapi semua orang tengok kat Mad Bomber bila nak lantik penghulu kata mereka pengalaman Mad Bomber boleh bimbing mereka...itu okey la tapi bila depa bercakap pasal down stream upstream pada first daya naik kelabu juga sebab tak tahu apa. Sekarang Mad Bomber selalu dapat tepukan gemuruh bila bagi presentation pasal industri minyak ni...banyak info dah dapat... depa selalu kata baguih2.
Banyak budaya kerja kat tempat lama Mad Bomber boleh dipakai dalam kerja baru ni.
Pada Mad Bomber kura kura boleh menang w/pun berlumba dengan arnab kerana tidak pernah berputus asa dan terus istiqamah berusaha. Pada kawan kawan di puncak bukit tempat kerja lama Mad Bomber kita tetap bersahabat dan budi baik saudara semua tetap abadi dihati Mad Bomber.