Thursday, February 25, 2010

PUO jadi poli premier

Hari ni Mad Bomber tumpang bangga sebab Politeknik Ungku Omar (PUO) dinaik taraf jadi politeknik premier bersama 2 politeknik yang lain. Walaupun sudah 24 tahun berlalu MB graduate dari PUO namun inilah satu satunya kenangan yang selalu bermain-main dimemori. Taraf premier ini bermakna PUO sudah bolah menawar program peringkat ijazah pertama. MB berharap satu hari PUO juga akan jadi seperti TAR College yang dinaikan taraf universiti. Masa MB masuk PUO sesi 1983/84 cuma jurusan Kej. Marin sahaja bertaraf diploma dan yang lain cuma peringkat sijil saja dimana sijil PUO ni sekadar setaraf STPM saja.
Dulu orang yang masuk Politeknik ni terdiri dari sisa sisa pelajar yang tak tersenarai dimana-mana IPTA atau ITM baru masuk Poli, atau third grader dari Secience Stream yang ada kerdit BM, Math, dan dua subjek science seperti Fizik atau Kimia. MB cuma ada syarat tu saja.
Kenangan di PUO memang mengusik jiwa berbanding kenangan di UTM dan UITM tempat MB pernah belajar. MB duduk di asrama masa tahun pertama..teman sebilik Wazir budak Kampar. Kalau nak ikut kira malang juga dapat teman sebilik ni tapi tak apalah itu cerita lama. Buat teman di Blok G, sekadar menyebut beberapa nama seperti Khosim Pendang, Boga Penaga, Mar Haris Pdg Serai, Halim Kg Pelet, Din Kampung Jarak, Zul Bunga, Shamsairi (sekarang bos besar di Petronas), Kamis, Deng, Shamrin Fotograf (suara hang memang sedap dari dulu lagi), Aziz Kulim, Mi kepala Batas, Zul Padang Balang, Khozai (usahawan auto berjaya..tak dan aku nak pi kedai hang kat gombak), Mi siam Perlis dan beberapa nama lagi yang tidak tersenarai.
Buat kekawan yang berjaya ke Jepun dan Korea seperti Zul Padang Balang dan Shamsairi anda adalah contoh produk PUO yang telah membuktikan pada masyarakt bahawa kita boleh berjaya walapun kita hampir gagal pada mulanya pada peringkat SPM. Buat kawan yang lain anda juga berjaya selepas kita melangkah keluar dari PUO pada 1986 dulu walaupun tidak sejurus selepas tamat pengajian. Dengar kata ada juga kawan kawan kita yang gagal di PUO dan gagal dalam hidup kerana dadah..semoga Allah memberi petunjuk kepada kawan kawan yang telah terlanjur itu.
Sesungguhnya PUO lah merupakan langkah pertama kita dialam dewasa dan memberi sinar kembali setelah hampir terlingkup dalam SPM dulu.
Buat rakan rakan di sekelas Kej Jentera Am 2B, pada yang belum tahu ketua kelas kita Badrol Alam Sohaimi telah kembali kerahmatullah beberapa tahun lalu kerana kanser..alfatihah. Arwah pada masa itu sama-sama dengan MB menyambung pelajaran di UTM.
Buat Jurey Latif Rosli, drama-drama anda di TV amat bermutu dan teruslah berkarya..cuma hang tak pernah pun offer kat kawan-kawan sekelas jadi pak pacak filem arahan hang.
Akhir sekali marilah kita berdoa PUO akan menjadi salah satu pusat melahirkan teknokrat yang betaqwa dan beriman dan dapat menyumbang sesuatu kepada agama.