Tuesday, December 30, 2008

LCE=SRP=PMR

Tahniah buat Nurul dan Afini anak saudara Mad Bomber yang telah berjaya membolot semua A dalam semua subjek sampai tak tinggal buat orang lain pun nak dapat A tu. Itulah zaman dah berubah dulu masa Mad Bomber ambil SRP atau zaman kawan sebelum Mad Bomber yang ambil LCE kalau dapat result macam ni boleh sembelih lembu. Dulu subjek tambahan yang pelajar ambil masa d Selambau Hill adalah Kemahiran Menoreh, Ilmu Koyak Sekerap, Kemahiran Cabut Semai Padi, Teknik Main Combat, Kemahiran Cabut Kacang dan lain lain subjek kemahiran yang berkaitan pertanian dan pengeluaran hasil komoditi negara. Pelajar dulu di Selambau Hill tak kira lelaki atau perempuan ada kemahiran subjek tambahan ini sebab semua ibubapa adalah petani dan penoreh getah belaka. Zaman dulu di Selambau Hill esok nak menghadap SRP pun masih pi mandi sungai sampai magrib lagi. Mungkin nak release tension kot. Jadual periksa selalunya sebelah pagi Kemahiran Menoreh dan sesi petang mungkin Bahasa Melayu, kalau pagi Metamatik petang mungkin Teknik Cabut Semai Padi begitulah seterusnya sampai habis musin periksa.
Walaupun begitu pelajar dulu di Selambau Hill tidak begitu ditekankan mesti mendapat Straight A atau 10 credit tetapi guru guru dulu lebih membentuk pelajar mengenai sahsiah diri dan mendisiplin pelajar dengan teknik ala Hudud ini iaitu hukuman sebat ke atas kesalahan serius di sekolah. Arwah Cikgu Yunus Guru Besar SK Selambau Hill sentiasa membawa pembaris kuning panjang 1 ela bila dia round sekolah. Mad Bomber pernah kena sebat dengan pembaris kuning ni di 'pungkork' dua das sebab bising dengan kawan kawan yang lain bukan nak mendera tetapi itulah kaedahnya mendidik dizaman tersebut. Mad Bomber pun pernah praktikkan kaedah tersebut bila kerja suatu masa dulu dan berjaya menyelasaikan kes.
Buat anak anak dan anak anak saudara yang berjaya sepatutnya anda semua memang patut mendapat apa yang anda patut dapat...oleh itu kejayaaan yang dikecapi hari ini bukannya kemuncak kepada kejayaan sebenarnya...Mad Bomber jadi best student SRP dengan 14 agregate untuk genarasi pertama SM Selambau Hill selepas SM Selambau Hill ditubuhkan tetapi terlungkup bila masuk Science Stream Khir Johari...ada rezeki dapat masuk PUO dan dapat peluang biasiswa JPA pergi ke Korea dan USA buat Degree tetapi tolak sebab patuh nasihat arwah mak tapi azam tetap kuat Mad Bomber dapat buat Diploma danDegree Mekanikal kat UTM dan baru konvo Master kat UiTM. Oleh itu buat anak anak dan semua anakanak saudara anda semua sepatut lebih baik lagi dengan support dan iltizam ibubapa masing nak tengok hampa semua berjaya maka ia tidak mustahil untuk dicapai. Mad Bomber nak tengok siapakah diantara cucu Arwah Tok Nasir ni yang dapat Ph.D dulu. Hampa semua jangan terkejut kalau Mad Bomber yang dapat Ph.D.

Monday, December 29, 2008

Selamat tahun Baru Hijr 1430

Khatib jumaat Masjid Bandar Tasik Puteri Ustaz Amin minggu lepas begitu bersemangat dalam khutbahnya bila memberitahu semasa solat waktu hanya tinggal imam dan bilal saja mana pergi anak khariah yang lain. Tetapi bila solat jumaat ramai pulak yang datang tetapi masa solat waktu ramai tiang dari makmum..pedih juga sindiran Ustaz Amin ni...Mad Bomber memang selalu ikut kelas agama Ust Amin setiap malam jumaat di Surau Mawaddah Blok 29 Bdr Tasik Puteri dan memang begitu tajam bila dia smash. Dia kata jangan la bila dah mati baru nak mai masjid itu pun orang tolong bawakan kemasjid kalau tak dah mati pun tak mai masjid.
Dia kata kalau tak boleh mai setiap waktu mai pada waktu waktu yang boleh mai kira ok juga dari tak mai langsung..tapi masa orang dok agih daging korban boleh mai pulak tu ambik daging. MD teringat kepada seorang jiran MD dikg dulu arwah Pak Yob...tak pernah miss pi masjid setiap waktu...masjid bukanya sebelah rumah dekat 1 km juga naik gerek pulak tu...tapi kita la ni laungan azan seperti tidak memberi apa apa kesan untuk melangkah ke masjid. Semoga tahun baru 1430 kita bersama sama berazam untuk berubah kearah mempertingkat iman dan taqwa kita..amin.

Gaza oh Gaza

Rakyat Palestin terus menerus diasak oleh tentera regim zionis yang kejam. Bom bom digugurkan dari kapal terbang ke penempatan awam rakyat palestin di Semenanjung Gaza. Mad Bomber boleh bayangkan kesan letupan bom yang digugurkan dari kapal terbang. Seorang kawan Mad Bomber putus kaki paras paha kena serpihan bom itupun anggota malang ini berada jauh dari tempat bom tersebut meletup inikan pula bom yang jatuh atas bumbung rumah tentulah mangsa akan berkecai tubuh badan mereka. Mad Bomber pernah berkursus di UK dulu bersama rakan rakan dari Lebenon, Tunisia, Algeria, Bahrain dan Qatar. Apabila Mad Bomber bertanya pasal nasib Palestin mereka seakan akan tak mahu komen dan cuba menukar tajuk perbualan. Mad Bomber bagitahu kalau ada rakyat Palestin di aniayai ramai rakyat disebelah Asia Timur seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan India akan bangkit memprotes tetapi rakyat di negara Arab seakan berdiam diri sahaja. Itu reaksi rakyat beberapa negara rakyat negara Arab seakan sama seperti reaksi pemimpin mereka yang seperti berdiam diri dengan hanya menyaksi rakyat Palestin terus menerus menderita. Marilah kita berdoa agar Allah memelihara saudara kita di Gaza dari cengkaman Yahudi yang tiaa rasa belas kasihan ini.

Saturday, December 27, 2008

Ayaq zam zam dan kacang bijak

Minggu lepas Mad Bomber pulang bercuti bagi menyambut kakak dan abang ipar balik dari tanah suci. Agak lama juga MD tak update blog ni sebab sepanjang cuti sekolah ni komputer MD dirumah telah dipajak sepenuh masa oleh anak anak dari pagi sampai malam main internet dan game jagi tak dan nak post artikel baru. Bila depa dah balik sekolah nanti MD akan kembali dengan artikel baru..insyaallah.