Tuesday, December 30, 2008

LCE=SRP=PMR

Tahniah buat Nurul dan Afini anak saudara Mad Bomber yang telah berjaya membolot semua A dalam semua subjek sampai tak tinggal buat orang lain pun nak dapat A tu. Itulah zaman dah berubah dulu masa Mad Bomber ambil SRP atau zaman kawan sebelum Mad Bomber yang ambil LCE kalau dapat result macam ni boleh sembelih lembu. Dulu subjek tambahan yang pelajar ambil masa d Selambau Hill adalah Kemahiran Menoreh, Ilmu Koyak Sekerap, Kemahiran Cabut Semai Padi, Teknik Main Combat, Kemahiran Cabut Kacang dan lain lain subjek kemahiran yang berkaitan pertanian dan pengeluaran hasil komoditi negara. Pelajar dulu di Selambau Hill tak kira lelaki atau perempuan ada kemahiran subjek tambahan ini sebab semua ibubapa adalah petani dan penoreh getah belaka. Zaman dulu di Selambau Hill esok nak menghadap SRP pun masih pi mandi sungai sampai magrib lagi. Mungkin nak release tension kot. Jadual periksa selalunya sebelah pagi Kemahiran Menoreh dan sesi petang mungkin Bahasa Melayu, kalau pagi Metamatik petang mungkin Teknik Cabut Semai Padi begitulah seterusnya sampai habis musin periksa.
Walaupun begitu pelajar dulu di Selambau Hill tidak begitu ditekankan mesti mendapat Straight A atau 10 credit tetapi guru guru dulu lebih membentuk pelajar mengenai sahsiah diri dan mendisiplin pelajar dengan teknik ala Hudud ini iaitu hukuman sebat ke atas kesalahan serius di sekolah. Arwah Cikgu Yunus Guru Besar SK Selambau Hill sentiasa membawa pembaris kuning panjang 1 ela bila dia round sekolah. Mad Bomber pernah kena sebat dengan pembaris kuning ni di 'pungkork' dua das sebab bising dengan kawan kawan yang lain bukan nak mendera tetapi itulah kaedahnya mendidik dizaman tersebut. Mad Bomber pun pernah praktikkan kaedah tersebut bila kerja suatu masa dulu dan berjaya menyelasaikan kes.
Buat anak anak dan anak anak saudara yang berjaya sepatutnya anda semua memang patut mendapat apa yang anda patut dapat...oleh itu kejayaaan yang dikecapi hari ini bukannya kemuncak kepada kejayaan sebenarnya...Mad Bomber jadi best student SRP dengan 14 agregate untuk genarasi pertama SM Selambau Hill selepas SM Selambau Hill ditubuhkan tetapi terlungkup bila masuk Science Stream Khir Johari...ada rezeki dapat masuk PUO dan dapat peluang biasiswa JPA pergi ke Korea dan USA buat Degree tetapi tolak sebab patuh nasihat arwah mak tapi azam tetap kuat Mad Bomber dapat buat Diploma danDegree Mekanikal kat UTM dan baru konvo Master kat UiTM. Oleh itu buat anak anak dan semua anakanak saudara anda semua sepatut lebih baik lagi dengan support dan iltizam ibubapa masing nak tengok hampa semua berjaya maka ia tidak mustahil untuk dicapai. Mad Bomber nak tengok siapakah diantara cucu Arwah Tok Nasir ni yang dapat Ph.D dulu. Hampa semua jangan terkejut kalau Mad Bomber yang dapat Ph.D.

Monday, December 29, 2008

Selamat tahun Baru Hijr 1430

Khatib jumaat Masjid Bandar Tasik Puteri Ustaz Amin minggu lepas begitu bersemangat dalam khutbahnya bila memberitahu semasa solat waktu hanya tinggal imam dan bilal saja mana pergi anak khariah yang lain. Tetapi bila solat jumaat ramai pulak yang datang tetapi masa solat waktu ramai tiang dari makmum..pedih juga sindiran Ustaz Amin ni...Mad Bomber memang selalu ikut kelas agama Ust Amin setiap malam jumaat di Surau Mawaddah Blok 29 Bdr Tasik Puteri dan memang begitu tajam bila dia smash. Dia kata jangan la bila dah mati baru nak mai masjid itu pun orang tolong bawakan kemasjid kalau tak dah mati pun tak mai masjid.
Dia kata kalau tak boleh mai setiap waktu mai pada waktu waktu yang boleh mai kira ok juga dari tak mai langsung..tapi masa orang dok agih daging korban boleh mai pulak tu ambik daging. MD teringat kepada seorang jiran MD dikg dulu arwah Pak Yob...tak pernah miss pi masjid setiap waktu...masjid bukanya sebelah rumah dekat 1 km juga naik gerek pulak tu...tapi kita la ni laungan azan seperti tidak memberi apa apa kesan untuk melangkah ke masjid. Semoga tahun baru 1430 kita bersama sama berazam untuk berubah kearah mempertingkat iman dan taqwa kita..amin.

Gaza oh Gaza

Rakyat Palestin terus menerus diasak oleh tentera regim zionis yang kejam. Bom bom digugurkan dari kapal terbang ke penempatan awam rakyat palestin di Semenanjung Gaza. Mad Bomber boleh bayangkan kesan letupan bom yang digugurkan dari kapal terbang. Seorang kawan Mad Bomber putus kaki paras paha kena serpihan bom itupun anggota malang ini berada jauh dari tempat bom tersebut meletup inikan pula bom yang jatuh atas bumbung rumah tentulah mangsa akan berkecai tubuh badan mereka. Mad Bomber pernah berkursus di UK dulu bersama rakan rakan dari Lebenon, Tunisia, Algeria, Bahrain dan Qatar. Apabila Mad Bomber bertanya pasal nasib Palestin mereka seakan akan tak mahu komen dan cuba menukar tajuk perbualan. Mad Bomber bagitahu kalau ada rakyat Palestin di aniayai ramai rakyat disebelah Asia Timur seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan India akan bangkit memprotes tetapi rakyat di negara Arab seakan berdiam diri sahaja. Itu reaksi rakyat beberapa negara rakyat negara Arab seakan sama seperti reaksi pemimpin mereka yang seperti berdiam diri dengan hanya menyaksi rakyat Palestin terus menerus menderita. Marilah kita berdoa agar Allah memelihara saudara kita di Gaza dari cengkaman Yahudi yang tiaa rasa belas kasihan ini.

Saturday, December 27, 2008

Ayaq zam zam dan kacang bijak

Minggu lepas Mad Bomber pulang bercuti bagi menyambut kakak dan abang ipar balik dari tanah suci. Agak lama juga MD tak update blog ni sebab sepanjang cuti sekolah ni komputer MD dirumah telah dipajak sepenuh masa oleh anak anak dari pagi sampai malam main internet dan game jagi tak dan nak post artikel baru. Bila depa dah balik sekolah nanti MD akan kembali dengan artikel baru..insyaallah.

Wednesday, November 5, 2008

Tahniah Barack Husien Obama....

Kemenangan Barack Hussien Obama sebagai Presiden baru Amerika Syarikat tidak mengejutkan ramai pihak kerana dari awal lagi sejak Obama seorang Gabenor Demokrat dari Illinois ini menawarkan diri bertanding ramai telah menyokongnya. Walaupun telah mendapat tentangan yang hebat dari Hillary Clinton semasa pemilihan peringkat parti Demokrat tempohari namun Obama telah membuktikan bahawa warga Amerika Syarikat sekarang telah berani untuk berubah. Kesanggupan warga kulit putih memberi undi mereka kepada Obama sesungguhnya amat memeranjatkan Mad Bomber.
Mad Bomber pernah ke negeri Uncle Sam beberapa kali dan ramai rakan Mad Bomber dalam Bomb Squad mereka dikalangan kulit putih dan kulit hitam. Mad Bomber pernah berada di Lousiana selama lebih dua bulan. Terdapat seorang rakan warga kulit hitam berasal dari Senegal dan telah menjadi warga Amerika sejak beberapa tahun lalu. Sahabat Mad Bomber ini seorang Islam dan selalu bercerita mengenai Islam samada dinegeri asalnya Senegal atau kehidupan islamnya di Amerika. Kerapkali juga dia merungut mengenai diskriminansi yang dialami oleh warga kulit hitam sepertinya dan kesukaran mengamalkan islam di Amerika. Pernah dia bercerita bagaimana jirannya seorang kulit putih berpindah kerana tidak mahu berjiran dengan seorang kulit hitam. Pernah satu ketika ketika Mad Bomber dan rakan rakan dalam perjalanan dari L.A ke Tijuana, Mexico, dan sekumpulan warga kulit putih bermotorsikal besar sedang berkonvoi dilebuhraya telah menendang van yang kami naiki dan mengeluarkan kata kata menghina keatas sahabat Mad Bomber ini, kata kata kesat itu lebih kepada menghina orang kulit hitam seperti sahabat Mad Bomber ini.
Semasa di Baton Rouge, Mad Bomber berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Muslim community center yang agak jauh juga dari tempat Mad Bomber berkursus. Hampir 98% ahli jemaah adalah berkulit hitam dan selebihnya warga arab. Semasa sesi tazkirah sebelum solat, imam meluahkan rasa kecewa kerana komuniti islam disitu berasa tidak selesa dengan tanggapan negative warga kulit putih dan masjid mereka telah dilempar najis dan dilepaskan anjing kedalam kawasan masjid. Mereka cuba mencetus provokasi, kata imam tersebut tetapi imam tersebut minta para jemaah jangan cepat mengambil tindakan sendiri dan minta para jemaah terus menguatkan ikatan sesama islam. Itu cerita 10 tahun lalu dimana sentiment warna kulit masih membelenggu rakyat negeri Uncle Sam ini, tapi kini trend ini nampak telah berubah, kalau tidak masakan Obama boleh menang tanpa undi warga kulit putih. Semoga perbezaan warna kulit bukan lagi menjadi isu, islam akan terus subur di sana, dan dasar luar Amerika terhadap Negara dan umat islam akan terus berubah kepada yang lebih baik selepas ini. Syabas Obama dan syabas kepada rakan NYPD, LAPD dan kenalan di FBI Academy, Washington DC, dan rakan di Anti Terrorism Asst. Program, Luoisiana semoga kehidupan anda akan lebih makmur dibawah Obama dan kepada sahabat Mad Bomber dari Senegal tadi dan teman teman Parol dari Louisiana Prison teruskan menegakan panji panji islam di bumi Amerika. Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua.

Monday, October 20, 2008

Semangat Abang Teksi

Mad Bomber amat tertarik dengan berita seorang pemandu teksi berjaya memperolehi Sarjana dalam usia yang agak lewat. Dengan kerjaya sebagai seorang pemandu teksi beliau berjaya menempuhi liku liku yang amat mencabar sebelum berjaya dianugerahkan segulung Master. Alasannya belaiu belajar sekadar nak memberi dorongan kepada anak anak beliau seramai 5 orang.
Mad Bomber dapat bayangkan perit jerih beliau dalam mengharungi kuliah dan assignment yang kena dibuat. Mad Bomber pernah ditawarkan untuk belajar di luarnegeri satu ketika dulu tapi Mad Bomber tolak sebab dah terikat dengan kerja kerajaan dan nak kena resign sebab belum confirm masa itu. Tetapi azam dan tekad tetap membara untuk belajar setinggi yang boleh. Peluang yang JPA tawarkan ke Korea dan USA pada 1990 adalah suatu peluang yang amat berharga. Mad Bomber memang ada pasang niat nak ke Korea masa di PUO dulu sebab masa Mad Bomber di PUO 1984 Dasar Pandang KeTimur sedang rancak berjalan, ramai student Poli dapat ke Jepun dan Korea. Tapi apa nak buat Mad Bomber lebih patuh kepada nasihat arwah ibu untuk teruskan kerja dengan gomen masa tu sebab 1986 ekonomi gawat teruk juga, jadi bila dapat jadi pegawai kerajaan dikira bernasib baik sedangkan graduan lain masih meneruskan kerjaya noreh atau kerja kontrak saja.
Mad Bomber sambung Diploma Mech. Eng kat UTM secara part time selama 3 tahun kemudian sambung buat Degree 2 tahun lagi, rehat 3 tahun Mad Bomber buat Master dan akan konvo 20 Nov ini. Pada yang pernah belajar part time ni pengorbanan amatlah besar, semangat kena kuat dan poket akan selalu kering sebab yuran tinggi. Pada Abang teksi tadi Mad Bomber salute sekali lagi. Masa untuk famili amatlah kurang dan pengobanan isteri amatlah penting, bayangkan setiap Sabtu dan Ahad ke kuliah dan tiada masa untuk mereka. Tambahan pula kuota susu anak kena catu sebab kena adjust gaji untuk bayar yuran setiap semester. MB habis RM14,000 untuk Diploma dan RM13,000 untuk Degree dan RM8,000 untuk Master. Ketika kawan kawan melaram dengan kereta baru MB amat berbangga membawa anak anak dengan Proton Saga sahaja pada masa tu dan MB percaya jika kita istiqamah kita boleh berjaya tatkala hampir separuh classmate MB ‘syahid’ dipertengahan pengajian dek kerana tak tahan yuran, atau tak tahan setiap minggu kena pergi kampus atau kurang daya tahan menghadapi Kalkulus atau Numerical Method yang amat mengerikan pada kami yang Add Math punah masa SPM dulu. Buat rakan rakan yang sedang mengharungi cabaran part time student ni atau masih berkira kira nak sambung belajar…jangan fikir panjang lagi korban sedikit gaji dan masa anda untuk menjadi Abang Teksi. Lupakan sementara Toyota Estima,atau nak beli rumah di kawasan elit Bukit Jelutong …kita cari dulu sekeping kertas macam
Abang Teksi tu…anda akan melihat hasil tersebut bila sampai masanya nanti dengan syarat ilmu yang dimiliki bukan untuk sombong diri, atau merosakan dunia ini. Semua ilmu atau pengetahuan ini tidak bermakna jika kita menggunakannya secara tidak bijaksana…arwah ayah Mad Bomber bukan seorang yang pandai tetapi arwah seorang yang bijaksana. Buat anak anak MB, ingatlah pesan arwah Tok Kedah “Bila besaq nanti aku nak tengok hangpa jadi orang” Ada Degree ke Master ke atau PhD ke tak guna juga kalau tak jadi “orang” atau tak tahu mengamalkan ilmu yang ada secara bijaksana. Buat rakan sekelas IS770 UiTM sesi 2006/07 selamat berkonvo pada 20 Nov. nanti kita jumpa disana.

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Tinggal Sang Saka Biru

Selamat tinggal Sang Saka Biru. Setelah hampir 21 tahun Mad Bomber (MB) menjulang panji panji keramat ini dengan berat hati akan meninggalkan kerjaya yang menjadi cita cita MB sejak kecil lagi. Dalam beberapa bulan terakhit ini MB akan mengimbau kembali sejarah penglibatan MB dalam menjulang Sang Saka Biru ini. Sebenarnya sejak dinagku sekolah lagi MB memang nak jadi macam hero Hindustan Dharmendra atau Amitabh Bachan dalam filem Sholay yang pernah dimainkan dipadang sekolah rendah Selambau Hill suatu ketika dulu. Wayang pacak Hindustan di pawagan Seri Embun selalu selalu dimainkan di Selambau Hill. Hero Hindustan yang selalunya polis memang menjadi idola MB..kalau boleh MB nak nak jadi macam hero hindustan tu. Tapi massa sekolah rendah dulu cikgu MB iaitu Cikgu Nan bin Man (tak tahulah masih ada atau dah meninggal) suruh jajdi Engineer. MB pun tak tahu engineer tu apa…tapi pasal cikgu suruh jadi engineer maka MB pun kata bila besar nanti nakjadi engineer….apa kejadahnya kerja engineer tu pun MB tak tahu masa tu…tapi dalam hati kecil tetap nak jadi Men in Blue.
Filem Bukit Kepong telah menambah lagi semangat MB kearah itu…pada masa tu zaman komunis masih kuat di area berdekatan Selambau Hil seperti Baling dan Gubir di Sik..selalu MB baca anggota keselamatan kena serang oleh komunis ada kes helicopter askar kena tembak ramai yang mati dan itu semua itu menaikan semangat MB nak jadi Man in Blue.
Lepas SPM MB dapat masuk Politeknik Ungku Omar, Ipoh dalam jurusan Kej. Mekanikal…masa inilah baru MB tahu kerja Engineer macam mana dan mula timbul minat nak jadi engineer…lupa seketika nak jadi Man in Blue.. prestasi MB masa kat PUO agak memberansangkan dan pada masa tu masih ada program pandang ke timur banyak student Politek yang bagus dihantar ke Korea atau Jepun. ..MB memang minat nak pi Korea atau Jepun ni…tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..2 minggu sebelum final exam tahun akhir ayahanda MB kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya …agak terencat juga persiapan untuk final tapi MB masih mampu membuat yang terbaik.
Tahun 1986/87 ekonomi gawat teruk …ramai yang keluar U pun tak buat apa kerja kecuali menjadi cikgu sementara sesi pagi mengajar hampir 400 student setiap pagi lepas subuh termasuklah MB (noreh la tu). MB bertuah kerana dapat kerja sebagai Mechanical Supervisor dengan satu kontraktor bina kem PPH di Kulim. Kerja ok sebab related dengan kelulusan MB…masa disitulah keluar iklan nak jadi Insp. Shahab macam Dharmendra tu..Mb pun try minta. Masa minta boring kat SP Sarjan tu suruh Mb balik sebab dada kembang tak cukup inci…dia suruh MB pumping pun tak kembang juga lepasa MB merayu rayu dia bagi juga boring tu dengan syarat masa interview nantu mesti cukup kalau tak orang KL akan suruh balik saja.
Apa lagi setiap pagi kalau balik tolong arwah ibu noreh MB akan gunakan dahan dahan pokok getah tu seperti Gimnasium supaya otot kembang …adalah perubahan…selang sehari mesti ukur ada.
Masa kerja di PPH Kulim tu lah MB dapat surat panggi temuduga Insp. Shahab. Masa di PPH Kulim Mb selalu ada site meeting antara kontraktor, JKR dan PDRM…pengerusi meeting Dato Tahir Sijan seorang pegawai tinggi polis. MB ada bagi tahu kat salah seorang pegawai yang hadir tu yang MB nak pi t/duga Insp. Shahab….dia minta MB Photostat surat tersebut. Masa t/duga di PPH Sg.Petani ada 12 orang semuanya MB yang paling last sekali masuk. Masa masuk MB tengok Dato Tahir Sijan jadi pengerusi lembaga temuduga….dia buat macam tak kenal saja…MB hanya disuruh baca Al Fatihah saja dan disuruh keluar….habisla fikir MB depa tak tanya apa pun…tapi bila tengahari bila di umum result MB sorng saja yang dapat..yang lain disuruh balik sambung motong getah…(MB tak tahu samada Dato Tahir Sijan masih hidup atau tidak….semoga Allah sentiasa merahmati Dato’) . MB diarah lapor di Jalan Gurney 28/8/88…bersama 167 yang lain. Skuad MB skuad bertuah sebab ada angka 88 kata jurulatih..tapi depa anyam MB dan rakan rakan macam jepun dera masa perang dulu…sekali fikir baik balik motong getah lagi baik. Kita jumpa lagi untuk kenangan 6 bulan di Jalan Gurney. Selamat tinggal Sang Saka Biru.

Kemuncak kerjaya ketika menjulang Sang Saka Biru

Posting ini Mad Bomber ambil temuramah bersama akhbar The Star pada tahun lalu dengan sedikit Last week’s bomb hoax at the Penang Bridge had our very own bomb squad swinging into action. Here is an inside look at how it operates.
ANOTHER bomb goes off and people die and/or are injured. Sometimes it’s a veritable bloodbath. It can happen in any corner of the world – Iraq, South Thailand, Indonesia, Colombia or Russia. We can count ourselves lucky that such incidents are rare in Malaysia, so far. But you never know, these days.
Recently – on March 15 – in Kajang, a factory worker found a “container” that turned out to be a home-made bomb at his doorstep. A relative suspected something amiss and alerted the police. However, ordinary police personnel are not trained to defuse bombs. This is where the Bomb Disposal Unit (what Joe Public knows as the bomb squad) of the Royal Malaysia Police comes in.
According to the unit’s national head, Mad Bomber, squad members have first to undergo a three-week bomb disposal course at the technical college in Muar, Johor. This is followed by another three weeks’ training on how to handle improvised explosive devices (IEDs) or, in other words, home-made devices (though some of them are made by professionals). Further training is conducted on how to flush out suspects or suspicious objects – doing a sweep, basically, and if a blast has occurred, to check what caused the blast and if the device is still active.
Mad Bomber
“All this is theoretical training. One needs practical skill training, too. In our line, one mistake and you may be dead. There is no such thing as a second chance.”
Which is why he says stints with bomb squads around the world are very important. The force sent personnel for courses, training and practical stints at Scotland Yard and the FBI, and in Canada, France, and Australia.
”They have more such cases, so it gives us a lot of on-the-job experience. We learn about new equipment and technology, techniques and tactics, and also how to make our own bombs and IEDs,” Mad Bomber explains.
Of course, it makes perfect sense to learn how to make bombs, because if you can make them, then you can dismantle or defuse them.
Officers are sent for training regularly. Mad Bomber says they are experienced in handling explosives, be these chemical, biological, radiological or nuclear in nature.
He emphasises that the squad’s main goal is to save lives; property is secondary. So much for Hollywood movies depicting a bomb disposal officer approaching the suspected device and proceeding to deactivate it. When asked about scenes showing a hero or heroine cutting the right-coloured wire just in time and saving the day, Mad Bomber laughs.
“Before anything else, we have to cordon off the area. Then we estimate from the size and weight of the device what its explosive range might be: ‘the killing zone’ is a minimum radius of 100m from the object. We then send in a remote-control robot that can inspect the device because you never know if it has a motion or an infrared sensor. We have state-of-the art robots. We can then figure out what kind of device it is.”
He adds that everything is done slowly and steadily; there are no shortcuts. The entire operation might take several hours before the threat is considered to be contained. Which is why he urges the public to be patient if such a situation were to occur.
Sometimes, due to certain constraints, like the terrain, the robot – or what they call the Wheelbarrow – cannot be used. The squad then has the option of using the robot attached to a 100m cable.
The Wheelbarrow Mark 8 Plus 2 can shoot ammo to blast a suspected device. The two cylinders attached to it can also fire water at very high pressure and force.
Besides the robot, there is also other equipment – all fitted into a van – that the squad uses. However, if it needs to send in a technician instead of the robot, then the protective suit – complete with armour – is essential.
I tried on the helmet and found it uncomfortable, hot and very heavy; I could hardly walk while wearing it. An officer who had put on the suit needed the help of two colleagues to help him get out of it. (Following regulation, the suit has to be put on within 10 minutes.)
Imagine an officer wearing the suit and having to deal with an explosive device. One needs to be not only very fit but also very steady with his hands and have the ability to focus. The suit is so hot and heavy (it weighs 37kg) that a blower is attached to the back to circulate the air inside it, to prevent the wearer collapsing from heat exhaustion.
“The suit can protect one from a mild blast, at best, and save one from shrapnel coming at speeds of less than 8km/sec. But the person would still sustain some injuries from a medium-sized blast,” Mad Bomber says.
Given the possibility of injuries, members are all trained in first aid techniques, as time is crucial in such instances.
All operational procedures and most equipment used worldwide are standardised, adds Mad Bomber, which is why a bomb disposal officer can operate anywhere in the world. A team consists of one officer plus three bomb technicians, as they are called.
When asked how they deactivate or defuse various types of explosive devices, he refuses to divulge any information. “That will give the game away,” Mad Bomber adds.

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan rakan di Selambau Hill, kawan kawan di Sekolah Kebangsaan Selambau Hill, Cikgu cikgu SKBS yang pernah menabur bakti seperti Cikgu Md Yusof Ishak, Cikgu Nan Bin Man, Cikgu Abdullah (Cikgu Lah) dll, untuk rakan rakan di Sek. Men Selambau Hill (Form 1 sampai form 3) seperti Norhisham Nordin, norzaidi nordin (gelecek bola hang menakjubkan), Alon, awang kecik, leman, piee goden, lan ramli, che su ahmad( anak dah berapa orang agaknya), salmiah, hasnah, khairul jafriah, salasiah ali (hang dulu pendiam sungguh) , mat suri, siti norhayati, aminah aziz, dan untuk cikgu yang tak pernah penat menabur jasa di SMBS seperti cikgu bakar awang(cikgu dah bersara kot...saya banyak kali kena pulas perut dengan cikgu), cikgu rusli tahir, cikgu salmah ajar ilmu alam(cikgu dulu lawa sungguh..tapi bila cikgu kahwin kami pelajar lelaki ada yang frust jugak), tapi cikgu yang paling kamceng dengan Mad Bomber adalah Cikgu Hamid (ajar Sains Pertanian ... cikgu masih naik scrambler ke...last kita jumpa masa kita sama sama belajar kat UTM Skudai dulu), ustaz kadir (saya masih ingat ustaz bawa saya pi lawan kuiz agama islam soalan last saya tak dapat jawap kemudian sekolah kita kalah)...
Untuk rakan di Sekolah Men Khir johari SP (form 4 sampai form 5) seeperti Sabri, Ismail 9Ketua kelas dan pengawas yg selalu tangkap orang merokok tapi selalu ada Marlboro dalam beg..sorry), Filzah (hang dulu macam anti lelaki saja), Safiani (hang yg paling lawa dalam kelas kita sampai pelajar cina pun dok gila kat hang..masih kerja kat Bank Rakyat ke). Syarifah (hang macam Pritta Zenti hollywood) masih kat BSN ke...Ramli hang yg paling briliant dapat masuk UPM dikalangan geng loklak kita..karim (kita selalu buat bising sampai kena dok jauh dalam kelas, Phissol (hang yg paling alim maklumla anak ulamak), dan teman paling kamceng sampai la ni..Perwira Abu Kasim...nampak saja loklak tapi Add Maths dan kimia hang aku respect habis tapi hang tak leh lawan fizik aku...tapi hang buat leceh bila kena reject masa first year kat UM dulu)...
Untuk rakan rakan di kelas Jentera AM PUO dan penghuni asrama Blok G sesi 1984/85 semoga sukses..buat jurey latif yang dah jadi pengarah filem terbilang, Shamrin fotograf yg masih aktif menyanyi, Salim askar, halim, din kampong dll ..maaf zahir batin

Wednesday, September 17, 2008

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada

Mad Bomber pernah ditugaskan di Thailand sebanyak 2 kali dan pernah berpuasa disana. Inilah kali pertama Mad Bomber berada diluar negara pada bulan puasa walalupun dah banyak kali keluar negara tetapi tiada peluang berpuasa disana. Mad Bomber sempat menjelajah beberapa bandar dan kampung walaupun suasana agak tegang ketika itu dan bila berada dalam situasi genting begitu barulah kita akan bersyukur kerana berada di Malaysia yang aman damai dan bebas beramal ibadat. Mad Bomber sampai di suatu lokasi yang ditugaskan dan dimaklumkan oleh sahabat Mad Bomber dari Thailand bahawa seorang anggota polisnya baru sahaja terbunuh berdekatan tempat yang Mad Bomber berada..kena bom sejam yang lalu katanya...agak mendebarkan. Selesai tugas Mad Bomber sempat singgah disebuah kampung orang Islam beli murtabak untuk berbuka...cuma kampung itu yang agak selamat boleh singgah sebab Mad Bomber dinasihatkan tidak singgah di pekan nya kerana bahaya. Sepanjang jalan dari hotel penginapan ke tempat tugas mengambil masa 3 jam dan melalui banyak kg orang Islam. Agak sedih juga bila melihat anak-anak mereka dalam keadaan comot dan tidak terurus berada ditepi jalan. Mad Bomber terlintas juga dalam hati ...jika aku ditakdirkan berasal dari sini bagaimana agaknya keadaan Anisah, Aliah, Fatyhah dan Maisarah dengan pakaian yang comot dan hidup dalam serba kedaifan. Masa Mad Bomber beli murtabak ..mak cik yang jual tak nak terima matawang mereka tapi nak dalam ringgit. Mad Bomber tanya kenapa nak ringgit ..dia kata ringgit la bagus... lagi satu yg Mad Bomber bangga tentang negara kita...matawang kita lebih dikehendaki dinegeri orang. Keadaan rumah mak cik yang jual murtabak tu amatlah daif sekali..Mad Bomber tak tahu macamana dia nak menghadapi hari raya kelak. Bagaimana dia nak membeli baju raya untuk anak-anak dia yang masih kecil tu. Kueh apa yang dia akan sediakan...pastinya semuanya akan berhari raya dengan apa yang ada saja. Anisah, Aliah, Fatyhah, Maisarah dan Wawa telah ditempah baju kurung dan pasrtinya kalau tak SOGO mungkin Jaya Jusco atau Parkson akan dikunjungi nanti untuk aksesori raya yang lain, tapi anak-anak mak cik murtabak tu pastinya akan berhari raya dengan ala kadar saja... masa di Selambau Hill dulu masa nak raya beginilah ramai mak cik-makcik akan ke pajak gadai di Pekan Lama Sg. Petani...pajak barang kemas buat belanja raya, "apa nak buat anak-anak tau nak ada saja depa bukan tau kita ada duit ka tak dak" keluh seorang jiran Mad Bomber dulu. Mad Bomber sendiri pernah ikut arwah mak Mad Bomber pergi ke kedai pajak ni masa kecik-kecik dulu. Lepas arwah mak berbincang-bincang arwah Mak dihulur duit oleh tokeh cina kedai pajak tu... "buat belanja raya kata mak...dah berapa hari tak boleh motong" tambah mak. Mungkin dengan duit gadai barang kemas tu la Mad Bomber dapat baju raya, buat beli daging dan beli lain-lain persiapan raya.
Bertuahnya Anisah, Aliah, Fathyah, Maisarah dan Wawa gosok saja lampu ajaib aladin Mad Bomber semua dapat... tapi entahlah Mad Bomber sendiri tak tahu adakah mereka sentiasa memikir perit jerih Mad Bomber dan isteri bekerja untuk mendapat seringgit atau mereka pernah terfikir macamana Mad Bomber memikirkan Mak Cik Murtabak di Yala tu berhari raya. Harap-harap mereka akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Saturday, September 6, 2008

Mata gelap kerana duit

Semalam Mad Bomber (MB) pergi servis kereta di bengkel yang MB selalu pergi. Bengkel ni kepunyaan saudara MB juga tetapi mekanik semua melayu. Ada tigaempat orang semuanya mekanik yang kerja diisitu. Salah seorang tu orang Lubuk Kawah dekatlah dengan Selambau Hill..pencen mekanik askar..kerjanya amat teliti dan cukup jujur... kalau rosak dia akan kata rosak kalau boleh pakai lagi dia takkan ganti sesuka hatinya. Salah seorang dari mekanik tu orang utara juga kerja dia ok juga banyak kali kereta MB dia repair. Tetapi semalam semasa MB pergi hantar kereta servis MB tanya mana pergi mamat yang sorang lagi tu... teman mekanik Lubuk Kawah bagi tahu dah diberhentikan oleh pengurusan. Tak amanah katanya... ada dua tiga kes orang hantar kereta untuk overhaul dia ambil duit dulu dan dia tak declare dengan bos...kerja tak siap duit lesap...ada juga kes dia buat kerja repair tak buka bil..duit dia masuk poket dia. Gaji bulan dapat.... gaji yang dia kutip sendiri pun dia kebas. Bila okey tahu baru tergagap gagap nak explain..last last kena terminate. MB dibagi tahu dia pi kerja dengan bengkel lain pula.
Moral of the story ialah dengan duit ni banyak orang tewas..dek kerana kepala agong semua orang boleh lupa diri gelap mata dibuatnya. MB teringat sorang konduktor bas No. 7 Sealambau Hill dulu..orang Selambau Hill panggil kolet bas. Kolet bas ni nyonya duduk di pekan Selambau Hill. Dia ni walaupun seorang cina dan bukan Islam tetapi sifat sifat amanah yang dia ada mengatasi orang Islam sendiri. Kalau kolet lain kita bagi duit kadang kadang tiket tak bagi...masuk kat dia duit tu. Tapi Nyonya ni kalau dia tak dan nak bagi tiket sebab orang ramai dia akan koyak tiket tu.. maknanya dia tak akan ambil duit tu untuk dia..itu duit company.

Friday, September 5, 2008

Berpuasa dan keberkesanannya kepada amalan harian

Setiap hari Mad Bomber berulang alik ke pejabat seawal 6.45 pagi lagi tetapi selepas 5 hari berpuasa keadaan trafik begitu gawat sekali. Jem begitu teruk sekali. Mungkin selepas sahur dan subuh semua berbondong bondong kepejabat. Mad Bomber ingat ketika kita berpuasa tahap kesabaran kita akan meningkat tetapi masyarakat seolah olah berasa tension bila berada dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Keadaan pemandu yang seperti terkena histeria agak lebih teruk berbanding bulan tak puasa. Potong Q, potong double line seperti menjadi amalan sunat dibulan puasa ini. Dicermin kereta belakang tertampal "The Little Khalifah on Board" tetapi menjadi "The Little Mafia on Board" sikap The Little Khalifah ini memalukan umat Islam, potong Q mungkin menjadi subjek teras mereka mungkin semasa di kelas memandu dulu, kesian para penunggang motorsikal yg mengelak apabila kereta datang dari arah depan memasuki lorong mereka. Kalau peraturan dunia yang sebegitu ringan pun kita tidak boleh ikut apatah lagi kita boleh mematuhi arahan Allah yang lebih berat lagi. Mad Bomber pernah melihat seorang pemandu berkopiah ketayap dengan selamba melanggar lampu merah di depan Mad Bomber bini dia ada disebelah dan anak anak.. Mad Bomber tetap bersangka baik..dia rabun warna mungkin.. pemandu kini tidak boleh menandingi Drebar Teksi Yu Chin di Selambau Hill dulu ketika Mad Bomber masih bersekolah. Yu Chin pada Mad Bomber satu satunya pemandu yang paling berhemah di Selambau Hill dan tiada olok bandingnya di atas kesopananya bila berada di jalan raya.

Thursday, September 4, 2008

Star Rating

Seehingga 1 am aku didedahkan dengan konsep Star Rating. Baru tahu macam mana penerafan bintang diberikan kepada sesuatu badan atau organisasi seperti hotel Banyak kkriteria yang perlu dipatuhi. Hari ini pula dari 0900 hingga 1800 aku terperosok atas kerusi sambil melayan mata yang sekejap kecik dan sekejap besar..maklumlah depa buat seminar bulan puasa. Walau apa pun satu ilmu baru dapat hari ini. Paling bagus satu speaker bercakap pasal HR. Bagus cara dia tackle kelas yang separuh sedar tambahan pula hujan lebat diluar lagi bertambah ghuyup mata. Sememangnya mengurus manusia adalah lebih sukar dan sangat subjektif. Lima group selesaikan satu case study tetapi mendapat jawapan yang amat berbeza..begitulah kaedahnya kita menilai manusia yang tidak akan mendapat jawapan yang tepat. Selesai seminar hujan masih lebat tersangkut dalam jem 2 1/2 jam untuk sampai dirumah. Ketika itulah aku terbayangkan betapa sunyinya Selambau Hill yang tidak pernah merasai jem. Bayangkan perjalanan dari Sg Petani ke Selambau Hill cuma mengambil masa 25 minit. Isteriku cukup takut bila balik kampung diwaktu malam ....Selambau Hill menyeramkan katanya.

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadan

Buat kekawan, rakan dan bekas-bekas teman sekampung lawatilah blog ini untuk kita terus berhubung.