Tuesday, September 8, 2009

Aidilfitri dan Keb serta samprit Che Su Nasir

Satu hari Tok Yob mencadangkan kepada Mak Kiah..." Pi la belajag buat Keb (Kek) dengan Che Su tu" Memang keb (kek) arwah mak sedap..mungkin Tok Yob ada makan sebelum tu..sebab tu la dia suruh mak kiah pi belajag buat keb tu. Memang kelebihan arwah mak ialah kebolehan membuat kueh moden seperti samprit, keb, kueh kacang dan lain lain lagi. Kalau yang sama umur dengan arwah mak tak dak yang boleh lawan buat kueh moden ni..Tok sepiah (karas), Tok Cik Tok Kasa (Kueh Bakar), Tok Munah (dodoi), Mak Kiah (Bahulu), Kak Asa (bihun kot), Tok Nah Tok aris (tak tau sebab jarang pi raya rumah dia)...Laksa rumah Kak Puan (Tok Cha), Bi hunsup (Mak Nah tok som). Cuma kak tam yang juara..tu pun juara Kueh Makmur saja..(tahun ni boleh pi pekena makmur kak tam kot).

Getah skrap dan baju raya

10 hari lagi aidilfitri menjelang tiba. Dah berapa hari tak boleh pi motong..hujan dok turun hari hari. Baju raya budak budak tak beli lagi... mana nak cekau duit ni...barang kat kedai pajak pun tak tebus lagi ...mungkin itulah keluhan arwah ayah kepada arwah mak setiap kali nak raya. Hutang kedai syarikat pun tak luak luak..ni nak pi ambil barang nak raya lagi.
Tak tau macam mana tup tup esok mak suruh siap semua sekali naik kereta Yu Chin pi Sg Petani..apa lagi Kedai Syukur atau pun kedai Osman la . Baguihnya Mad Bomber dulu dan saudara yang lain..kami tak pernah bantah pilihan baju atau seluar yang ayah pilih..ayah pilih hijau ..hijau la ..kalau biru..biru la..tak reti langsung nak pilih sendiri. Kami reda dengan apa yang dapat.
Ada orang kata hang tak boleh la nak ikut masa hang kecik kecik dulu di kampung..zaman la dah berubah..memang zaman dah berubah tapi budi bahasa..adab sopan...tak pernah berubah.....sebenarnya kalau Mad Bomber diberi pilihan memang Mad Bomber nak balik kezaman tahun 70an dulu di Selambau Hill dalam suasana menyambut raya ni..syok sungguh.

Teringat kat Tok Wan Nasir

Setiap kali 15 Ramadan Mad Bomber akan terkenangkan kepada arwah ayah yang telah kembali mengadap Ilahi 23 tahun yang lalu. Macam baru semalam saja ayah pergi. Teringat ketika itu Mad Bomber pergi bertarawikh di masjid Ampang Baru dekat dengan Politeknik Ungku Omar..kawan kawan serumah tak pergi...bila Mad Bomber balik semua pakat diam..Boga, Aziz Ayag Merah, Mat Aris Padang Serai, Mi siam Kangark, Ramli Sabak, Khalid Penang, Ki Lun Kepala Batas dan Khosim Sg Tiang semua pakat tak bercakap. Semua diam. Bila Mad Bomber tanya awat pakat diam ni ada orang mati ka...terus Aziz Ayaq Merah (La ni lecturer Politeknik) yang kami anggap ketua kami hulur satu mesej dari polis yang berbunyi " Ayah telah meninggal dunia minta balik segera" kiriman K/84158..Mad Bomber tahu itu nombor polis abang ipar Mad Bomber..mesti sahih punya berita ni. Dua minggu lagi final exam pertengahan penggal final year. Kawan kawan pakat hantar ke stesen bas Ipoh dan Mad Bomber naik bas terus ke Sg Petani.
Semalam Mad Bomber sekeluarga mengadakan majlis bacaan Yaasin sempena Fatyah exam UPSR bersekali dengan tahlil untuk arwah ayah dan mak serta abang Bon..semoga pahalanya sampai kepada roh mereka dan semoga Fathyah juga mendapat keputusan yang baik.