Tuesday, September 8, 2009

Teringat kat Tok Wan Nasir

Setiap kali 15 Ramadan Mad Bomber akan terkenangkan kepada arwah ayah yang telah kembali mengadap Ilahi 23 tahun yang lalu. Macam baru semalam saja ayah pergi. Teringat ketika itu Mad Bomber pergi bertarawikh di masjid Ampang Baru dekat dengan Politeknik Ungku Omar..kawan kawan serumah tak pergi...bila Mad Bomber balik semua pakat diam..Boga, Aziz Ayag Merah, Mat Aris Padang Serai, Mi siam Kangark, Ramli Sabak, Khalid Penang, Ki Lun Kepala Batas dan Khosim Sg Tiang semua pakat tak bercakap. Semua diam. Bila Mad Bomber tanya awat pakat diam ni ada orang mati ka...terus Aziz Ayaq Merah (La ni lecturer Politeknik) yang kami anggap ketua kami hulur satu mesej dari polis yang berbunyi " Ayah telah meninggal dunia minta balik segera" kiriman K/84158..Mad Bomber tahu itu nombor polis abang ipar Mad Bomber..mesti sahih punya berita ni. Dua minggu lagi final exam pertengahan penggal final year. Kawan kawan pakat hantar ke stesen bas Ipoh dan Mad Bomber naik bas terus ke Sg Petani.
Semalam Mad Bomber sekeluarga mengadakan majlis bacaan Yaasin sempena Fatyah exam UPSR bersekali dengan tahlil untuk arwah ayah dan mak serta abang Bon..semoga pahalanya sampai kepada roh mereka dan semoga Fathyah juga mendapat keputusan yang baik.

1 comment:

Makngah/Mak Uda said...

pakngah kat sinipun boleh kata setiap hari buat tahlil untuk tokwan, tok, tok perak, wakngah dan paklong... moga roh depa sentiasa dicucuri rahmat....