Wednesday, August 26, 2009

Bazar Ramadan

Sudah 5 hari kita berpuasa. Mad Bomber lega sikit sebab boleh balik seawal 4pm sepanjang bulan puasa ni..ada la masa pi round round bazar Ramadan. Dah dua tiga bazar dok pi round semua sama saja menunya. Seperkara yang ramai tak berapa perasan ialah para peniaga yang berjualan di Bazar. Yang perempuan tak tutup aurat dengan penampilan agak seksi mungkin nak tarik pembeli kot dan yang jantan pula pakai gelang, rantai dan ada yang pakai subang. Kata seorang ustaz yang pernah bagi ceramah dia kata jangan beli kalau penjual tak tutup aurat ni dan berpakaian tak ikut islam ni. Bulan posa ni teringat ais ketoi pak tam Selambau Hill. Masa berbuka menu kanji arwah mak dan jus tembikai arwah ayah tetap diingati.

3 comments:

Makngah/Mak Uda said...

Selambau Hill tidak seindah dulu lagi..pusat2karaoke tumbuh bagai cendawan mengalahkan bandar besaq...yang heran melayu berugama islam yang buka bukan cina atau pun india...tepi kelinik dan depan kelinik antara pusat karaoke..non tok haji deris dan ani anak tok tok merangkap toke pusat karaoke tu..

Makngah/Mak Uda said...

anak tok nun (kesilapan menaip)

The Mad Bomber said...

La.. awat jadi lagu tu..banyak benda lain boleh meniaga buat apa depa dok meniaga yang pelik2 tu. Tu la Selambau Hill dah ketandusan alim ulamak..dulu ada Tok Su Hj Daud, Pak Jang Hamid Imam, Hj Hussin, Hj Saad, Tok Yob..sebab tu depa dah tak segan kat sapa lagi.