Wednesday, August 26, 2009

Jakarta

Minggu lepas Mad Bomber ke Jakarta atas urusan kerja. Menjejak kaki ke kota metropolitan dengan kepadatan penduduk hampir sama jumlah penduduk Malaysia amat memeritkan..macet (sesak) dimana mana. Nikmat nasi padang Restoran Sederhana dan Garuda pasti tidak mudah dilupa. Seperkara yang menjadi iktibar ialah betapa kita amat bertuah berada di bumi Malaysia...sedih bila melihat kanak kanak sebaya Sarah mendukung adik sebaya Wawa meminta sedekah ditepi jalan dengan mata yang kuyu dan pakaian yang compang camping. Mad Bomber hulur 1000 rupiah si kakak merayu rayu minta lagi sebab tak cukup katanya. Pesan pemandu teksi jangan beri nanti ramai akan ekori awak..memang betul lepas itu ramai yang mengelingi Mad Bomber menghulur tangan. Semasa berjalan jalan dipasar hampir mengalir air mata Mad Bomber bila seorang adik menarik abangnya di atas papan yang dipasang roda..siabang kejang kaku akibat angin ahmar terlentang dipapan tersebut ditarik ditengah panas meminta belas kasihan orang ramai menghulur sesuatu untuk rezeki mereka berdua. Pada maghrib ramai yang mandi manda ditepi longkang pinggir jalan dengan anak anak kecil terlanjang bulat...nak kenak pampers macam Wawa jauh sekali agaknya. Seorang pemandu teksi memberitahu dia merantau bersama isteri dan seorang anaknya dari Padang Sumatera sejauh 28jam perjalanan darat demi mencari rezeki di kota ini,dengan menyewa rumah dengan kadar RM180 sebulan dia masih tidak mampu membayar sewa tersebut dengan hasil teksi yang tidak seberapa. Seperkara yang bagusnya ialah pemandu kenderaan di Jakarta lebih berdisiplin berbanding pemandu di KL. Mungkin satu hari Mad Bomber akan kesana lagi bersama Wawa.

1 comment:

biado ho said...

tak shopping kat mangga dua ka..