Wednesday, October 1, 2008

Selamat Tinggal Sang Saka Biru

Selamat tinggal Sang Saka Biru. Setelah hampir 21 tahun Mad Bomber (MB) menjulang panji panji keramat ini dengan berat hati akan meninggalkan kerjaya yang menjadi cita cita MB sejak kecil lagi. Dalam beberapa bulan terakhit ini MB akan mengimbau kembali sejarah penglibatan MB dalam menjulang Sang Saka Biru ini. Sebenarnya sejak dinagku sekolah lagi MB memang nak jadi macam hero Hindustan Dharmendra atau Amitabh Bachan dalam filem Sholay yang pernah dimainkan dipadang sekolah rendah Selambau Hill suatu ketika dulu. Wayang pacak Hindustan di pawagan Seri Embun selalu selalu dimainkan di Selambau Hill. Hero Hindustan yang selalunya polis memang menjadi idola MB..kalau boleh MB nak nak jadi macam hero hindustan tu. Tapi massa sekolah rendah dulu cikgu MB iaitu Cikgu Nan bin Man (tak tahulah masih ada atau dah meninggal) suruh jajdi Engineer. MB pun tak tahu engineer tu apa…tapi pasal cikgu suruh jadi engineer maka MB pun kata bila besar nanti nakjadi engineer….apa kejadahnya kerja engineer tu pun MB tak tahu masa tu…tapi dalam hati kecil tetap nak jadi Men in Blue.
Filem Bukit Kepong telah menambah lagi semangat MB kearah itu…pada masa tu zaman komunis masih kuat di area berdekatan Selambau Hil seperti Baling dan Gubir di Sik..selalu MB baca anggota keselamatan kena serang oleh komunis ada kes helicopter askar kena tembak ramai yang mati dan itu semua itu menaikan semangat MB nak jadi Man in Blue.
Lepas SPM MB dapat masuk Politeknik Ungku Omar, Ipoh dalam jurusan Kej. Mekanikal…masa inilah baru MB tahu kerja Engineer macam mana dan mula timbul minat nak jadi engineer…lupa seketika nak jadi Man in Blue.. prestasi MB masa kat PUO agak memberansangkan dan pada masa tu masih ada program pandang ke timur banyak student Politek yang bagus dihantar ke Korea atau Jepun. ..MB memang minat nak pi Korea atau Jepun ni…tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..2 minggu sebelum final exam tahun akhir ayahanda MB kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya …agak terencat juga persiapan untuk final tapi MB masih mampu membuat yang terbaik.
Tahun 1986/87 ekonomi gawat teruk …ramai yang keluar U pun tak buat apa kerja kecuali menjadi cikgu sementara sesi pagi mengajar hampir 400 student setiap pagi lepas subuh termasuklah MB (noreh la tu). MB bertuah kerana dapat kerja sebagai Mechanical Supervisor dengan satu kontraktor bina kem PPH di Kulim. Kerja ok sebab related dengan kelulusan MB…masa disitulah keluar iklan nak jadi Insp. Shahab macam Dharmendra tu..Mb pun try minta. Masa minta boring kat SP Sarjan tu suruh Mb balik sebab dada kembang tak cukup inci…dia suruh MB pumping pun tak kembang juga lepasa MB merayu rayu dia bagi juga boring tu dengan syarat masa interview nantu mesti cukup kalau tak orang KL akan suruh balik saja.
Apa lagi setiap pagi kalau balik tolong arwah ibu noreh MB akan gunakan dahan dahan pokok getah tu seperti Gimnasium supaya otot kembang …adalah perubahan…selang sehari mesti ukur ada.
Masa kerja di PPH Kulim tu lah MB dapat surat panggi temuduga Insp. Shahab. Masa di PPH Kulim Mb selalu ada site meeting antara kontraktor, JKR dan PDRM…pengerusi meeting Dato Tahir Sijan seorang pegawai tinggi polis. MB ada bagi tahu kat salah seorang pegawai yang hadir tu yang MB nak pi t/duga Insp. Shahab….dia minta MB Photostat surat tersebut. Masa t/duga di PPH Sg.Petani ada 12 orang semuanya MB yang paling last sekali masuk. Masa masuk MB tengok Dato Tahir Sijan jadi pengerusi lembaga temuduga….dia buat macam tak kenal saja…MB hanya disuruh baca Al Fatihah saja dan disuruh keluar….habisla fikir MB depa tak tanya apa pun…tapi bila tengahari bila di umum result MB sorng saja yang dapat..yang lain disuruh balik sambung motong getah…(MB tak tahu samada Dato Tahir Sijan masih hidup atau tidak….semoga Allah sentiasa merahmati Dato’) . MB diarah lapor di Jalan Gurney 28/8/88…bersama 167 yang lain. Skuad MB skuad bertuah sebab ada angka 88 kata jurulatih..tapi depa anyam MB dan rakan rakan macam jepun dera masa perang dulu…sekali fikir baik balik motong getah lagi baik. Kita jumpa lagi untuk kenangan 6 bulan di Jalan Gurney. Selamat tinggal Sang Saka Biru.

4 comments:

Si Sejuk said...

paklang dah ucapkan selamat tinggal untuk sang saka biru.. angah pulak baru memulakan perjalanan menyertai sang saka biru ni..

hari tu raya angah suruh abah ajaq nyanyi lagu sang saka biru.Tapi abah tak ajaq pun..

menyertai suksis di ump dengan harapan dapat menjadi pegwai polis suatu hari nnti wlpn sekadar sukarelawan.. best jugak..

Pak Anjang said...

pikah...tok sah jadi polis. teruk. jadi cikgu la glamer jugak. balik awai. cuti banyak.

Si Sejuk said...

bakat tak terserlah ke arah cikgu la pak anjang..ngajaq org 2 3 kali ulang pun mcm nak sakit jantung dah..hahahah.bukan tak pernah tanam minat nak jadik cikgu.

Pak Mus said...

Wishing you all the best and succeed in every effort and dream. May Allah bless and guide you all the time. Do not ever forget us...