Monday, October 20, 2008

Semangat Abang Teksi

Mad Bomber amat tertarik dengan berita seorang pemandu teksi berjaya memperolehi Sarjana dalam usia yang agak lewat. Dengan kerjaya sebagai seorang pemandu teksi beliau berjaya menempuhi liku liku yang amat mencabar sebelum berjaya dianugerahkan segulung Master. Alasannya belaiu belajar sekadar nak memberi dorongan kepada anak anak beliau seramai 5 orang.
Mad Bomber dapat bayangkan perit jerih beliau dalam mengharungi kuliah dan assignment yang kena dibuat. Mad Bomber pernah ditawarkan untuk belajar di luarnegeri satu ketika dulu tapi Mad Bomber tolak sebab dah terikat dengan kerja kerajaan dan nak kena resign sebab belum confirm masa itu. Tetapi azam dan tekad tetap membara untuk belajar setinggi yang boleh. Peluang yang JPA tawarkan ke Korea dan USA pada 1990 adalah suatu peluang yang amat berharga. Mad Bomber memang ada pasang niat nak ke Korea masa di PUO dulu sebab masa Mad Bomber di PUO 1984 Dasar Pandang KeTimur sedang rancak berjalan, ramai student Poli dapat ke Jepun dan Korea. Tapi apa nak buat Mad Bomber lebih patuh kepada nasihat arwah ibu untuk teruskan kerja dengan gomen masa tu sebab 1986 ekonomi gawat teruk juga, jadi bila dapat jadi pegawai kerajaan dikira bernasib baik sedangkan graduan lain masih meneruskan kerjaya noreh atau kerja kontrak saja.
Mad Bomber sambung Diploma Mech. Eng kat UTM secara part time selama 3 tahun kemudian sambung buat Degree 2 tahun lagi, rehat 3 tahun Mad Bomber buat Master dan akan konvo 20 Nov ini. Pada yang pernah belajar part time ni pengorbanan amatlah besar, semangat kena kuat dan poket akan selalu kering sebab yuran tinggi. Pada Abang teksi tadi Mad Bomber salute sekali lagi. Masa untuk famili amatlah kurang dan pengobanan isteri amatlah penting, bayangkan setiap Sabtu dan Ahad ke kuliah dan tiada masa untuk mereka. Tambahan pula kuota susu anak kena catu sebab kena adjust gaji untuk bayar yuran setiap semester. MB habis RM14,000 untuk Diploma dan RM13,000 untuk Degree dan RM8,000 untuk Master. Ketika kawan kawan melaram dengan kereta baru MB amat berbangga membawa anak anak dengan Proton Saga sahaja pada masa tu dan MB percaya jika kita istiqamah kita boleh berjaya tatkala hampir separuh classmate MB ‘syahid’ dipertengahan pengajian dek kerana tak tahan yuran, atau tak tahan setiap minggu kena pergi kampus atau kurang daya tahan menghadapi Kalkulus atau Numerical Method yang amat mengerikan pada kami yang Add Math punah masa SPM dulu. Buat rakan rakan yang sedang mengharungi cabaran part time student ni atau masih berkira kira nak sambung belajar…jangan fikir panjang lagi korban sedikit gaji dan masa anda untuk menjadi Abang Teksi. Lupakan sementara Toyota Estima,atau nak beli rumah di kawasan elit Bukit Jelutong …kita cari dulu sekeping kertas macam
Abang Teksi tu…anda akan melihat hasil tersebut bila sampai masanya nanti dengan syarat ilmu yang dimiliki bukan untuk sombong diri, atau merosakan dunia ini. Semua ilmu atau pengetahuan ini tidak bermakna jika kita menggunakannya secara tidak bijaksana…arwah ayah Mad Bomber bukan seorang yang pandai tetapi arwah seorang yang bijaksana. Buat anak anak MB, ingatlah pesan arwah Tok Kedah “Bila besaq nanti aku nak tengok hangpa jadi orang” Ada Degree ke Master ke atau PhD ke tak guna juga kalau tak jadi “orang” atau tak tahu mengamalkan ilmu yang ada secara bijaksana. Buat rakan sekelas IS770 UiTM sesi 2006/07 selamat berkonvo pada 20 Nov. nanti kita jumpa disana.

No comments: