Tuesday, December 30, 2008

LCE=SRP=PMR

Tahniah buat Nurul dan Afini anak saudara Mad Bomber yang telah berjaya membolot semua A dalam semua subjek sampai tak tinggal buat orang lain pun nak dapat A tu. Itulah zaman dah berubah dulu masa Mad Bomber ambil SRP atau zaman kawan sebelum Mad Bomber yang ambil LCE kalau dapat result macam ni boleh sembelih lembu. Dulu subjek tambahan yang pelajar ambil masa d Selambau Hill adalah Kemahiran Menoreh, Ilmu Koyak Sekerap, Kemahiran Cabut Semai Padi, Teknik Main Combat, Kemahiran Cabut Kacang dan lain lain subjek kemahiran yang berkaitan pertanian dan pengeluaran hasil komoditi negara. Pelajar dulu di Selambau Hill tak kira lelaki atau perempuan ada kemahiran subjek tambahan ini sebab semua ibubapa adalah petani dan penoreh getah belaka. Zaman dulu di Selambau Hill esok nak menghadap SRP pun masih pi mandi sungai sampai magrib lagi. Mungkin nak release tension kot. Jadual periksa selalunya sebelah pagi Kemahiran Menoreh dan sesi petang mungkin Bahasa Melayu, kalau pagi Metamatik petang mungkin Teknik Cabut Semai Padi begitulah seterusnya sampai habis musin periksa.
Walaupun begitu pelajar dulu di Selambau Hill tidak begitu ditekankan mesti mendapat Straight A atau 10 credit tetapi guru guru dulu lebih membentuk pelajar mengenai sahsiah diri dan mendisiplin pelajar dengan teknik ala Hudud ini iaitu hukuman sebat ke atas kesalahan serius di sekolah. Arwah Cikgu Yunus Guru Besar SK Selambau Hill sentiasa membawa pembaris kuning panjang 1 ela bila dia round sekolah. Mad Bomber pernah kena sebat dengan pembaris kuning ni di 'pungkork' dua das sebab bising dengan kawan kawan yang lain bukan nak mendera tetapi itulah kaedahnya mendidik dizaman tersebut. Mad Bomber pun pernah praktikkan kaedah tersebut bila kerja suatu masa dulu dan berjaya menyelasaikan kes.
Buat anak anak dan anak anak saudara yang berjaya sepatutnya anda semua memang patut mendapat apa yang anda patut dapat...oleh itu kejayaaan yang dikecapi hari ini bukannya kemuncak kepada kejayaan sebenarnya...Mad Bomber jadi best student SRP dengan 14 agregate untuk genarasi pertama SM Selambau Hill selepas SM Selambau Hill ditubuhkan tetapi terlungkup bila masuk Science Stream Khir Johari...ada rezeki dapat masuk PUO dan dapat peluang biasiswa JPA pergi ke Korea dan USA buat Degree tetapi tolak sebab patuh nasihat arwah mak tapi azam tetap kuat Mad Bomber dapat buat Diploma danDegree Mekanikal kat UTM dan baru konvo Master kat UiTM. Oleh itu buat anak anak dan semua anakanak saudara anda semua sepatut lebih baik lagi dengan support dan iltizam ibubapa masing nak tengok hampa semua berjaya maka ia tidak mustahil untuk dicapai. Mad Bomber nak tengok siapakah diantara cucu Arwah Tok Nasir ni yang dapat Ph.D dulu. Hampa semua jangan terkejut kalau Mad Bomber yang dapat Ph.D.

No comments: