Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

10 mei setiap tahun walaupun tidak secara rasminya semua negara menyambut hari ibu. Bersempena hari ibu ini juga Mad Bomber terkenangkan kepada arwah ibu tersayang Che Soo binti Saad. Seorang ibu dan merangkap bapa setelah bapa pergi terlebih dahulu. Insan bernama Che Soo Saad adalah satu satu nya nama yang setiap hari tersemat dihati Mad Bomber, sekurang kurang setiap solat 5 waktu doa buat mu ibu tidak pernah terlepas. Didoakan rohmu sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh para syuhada dan solihin.
Terkenangkan perit jerihmu menoreh getah sejak Mad Bomber mengenal dunia ini sehinggalah keakhir hayatmu. Masih segar diingatan bagaimana tidurmu sekadar beberapa detik demi membuat persediaan kuih untuk dijual. Terbayang bayang kudratmu membuat kerepek pisang dan ubi demi membesar anak anak yang tidak tahu betapa sukarnya kehidupanmu keika itu. Paginya kau menoreh getah secara pawah dan petangnya membuat bendang secara sambilan. Syukur kerana Mad bomber menamatkan quran dibawah tunjuk ajarmu.
Acar limau mu membuat kerinduan kepadamu ibu tambah menebal. Lama sudah tidurku tidak bermimpikan kehadiranmu.
Mengayuh basikal sejauh 4 batu setiap pagi membawamu ke kebun getah seolah olah baru semalam berlalu...kena berleter sebab malas menolong menoreh dulu seperti minggu lepas saja..menghantar kueh kekedai seperti aktiviti harian saja...kau tidak pernah mengeluh bila kueh kueh di kedai pak tam banyak yang tidak habis...itu saja rezeki kita hari ni...petua arwah ibu yang diamalkan sehingga kini cium duit setiap kali dapat rezeki atau gaji.
Wahai ibuku pesananmu untuk anak anakmu jadi orang tetap diingat...tak guna belajar tinggi kalau tak jadi orang. Sembahyang jangan tinggal..itulah ingatan dan pesanan acapkali diulang ulang.
Buat ibu dan ayah...kami anak anakmu sentiasa mendoakan rohmu berdua ditempatkan disisi orang orang yang diredai. Semoga hidupmu di alam barzakh beroleh perlindungan dari Allah hendaknya..alfatihah.

1 comment:

ibu amin mursyidi said...

Rindu sgt kat mak teh.... Semoga roh mak teh ditempatkan di kalangan orang beriman... amin..