Monday, December 7, 2009

Satu demi satu nikmat Allah ditarik balik

Dua minggu lepas Mad Bomber ada pi lawan badminton. Opis suruh jadi manager saja bawa budak budak main. Lawan pula di indoor arena Bank Negara..cantik court dia ...rasa macam kat stadium pulak. Bila mai time acara veteran Abang Zul tak mai...sakit lutut katanya ..apa lagi terpaksala Mad Bomber turun ganti ..kira macam Soo Beng Kiang la sebab main tangan kiri. Tak pernah Mad Bomber main dari 9 pagi sampai 6 petang..itu pun nasib baik kalah diseparuh akhir kalau masuk final lagi kacau. Masa main Mad Bomber rasa badan lain macam saja...seram sejuk macam lalu kat titi bukit Selambau estet waktu malam saja. Bini Mas Bomber ada masa tu dia kata badan Mad Bomber menggigil tapi Mad Bomber tak rasa pun badan menggigil.
Lepas balik rumah, Mad Bomber terus tidur sebab badan letih sangat... lepas dua tida hari letih masi tak hilang..macam macam minum nak bagi hilang letih... Livita, Tongkat Ali, tongkat Ali Gelok semua minum tapi letih macam tu jugak. Masa di opis Selasa lepas Mad Bomber rasa lain macam saja...bernaas macam tak lepas...Mad Bomber pi check kat klinik... Mad Bomber bagi tau Mad Bomber tak merokok (sebab sebagai Bomber dulu memang tak digalak merokok sebab bahaya), aktif sukan...tapi bila buat ECG ada pergerakan jantung tak normal kata Dr. Mad Bomber kata dalam hati Dr ni mesti mengaji tak habis ni..mana boleh orang tak merokok dan bersukan kena sakit jantung.
Dia dan dan tulis surat suruh pi check kat pakar la la tu jugak...aikk ni dah serius ni sampai tak dan dan nak tunggu esok. Mau tak mau Mad Bomber gagah juga pi jumpa pakar...4 jam tunggu rsult pun diterima...masuk wad esok buat Engioplasty.
Esoknya 3pm Mad Bomber diusung masuk ke Operation Theather sambil memerhati muka isteri dan anak anak..sayu juga sebab macam dalam drama selalu kalau babak ni kira sedih habis la. Confirm ada satu saluran sumbat..Dr kata terus masuk belon (bukan belon yang jual kat kedai syarikat tu) tapi belon tu macam belon yang Mad Bomber buat dengan getah sekerap masa dok motong dulu. Masa dia dok peso tu la sakit ya amat depa dok tekan...tak malu lagi dah depa golek telanjang bulat atas tempat operate tu macam Mad bomber ni lembu korban saja...Mad Bomber bagi tau kat nurse tu hampa buat la apa pun janji baik sudah.
La ni Mad Bomber tengah rehat dapat cuti 10 hari. Kalau penyakit ni kena masa motong dulu maknanya dapat la off motong 10 hari ...
Doktor pesan Mad bomber you kena stop makan roti canai, lemak, makanan berminyak...agak agak nya kalau kat Selambau Hill dulu apa makanan yang tak ada lemak dan berminyak...yang Mad Bomber tau kalau tak nak makanan berminyak kena makan buah cenerai saja atau laksa tok siak saja...kalau kat kedai Pak Tam semua Dr tak bagi. Satu faktor lagi yang Dr bagi tau ialah faktor keturunan..mungkin arwah ayah Mad Bomber dulu ada penyakit ni..Wallahualam.

Tuesday, September 8, 2009

Aidilfitri dan Keb serta samprit Che Su Nasir

Satu hari Tok Yob mencadangkan kepada Mak Kiah..." Pi la belajag buat Keb (Kek) dengan Che Su tu" Memang keb (kek) arwah mak sedap..mungkin Tok Yob ada makan sebelum tu..sebab tu la dia suruh mak kiah pi belajag buat keb tu. Memang kelebihan arwah mak ialah kebolehan membuat kueh moden seperti samprit, keb, kueh kacang dan lain lain lagi. Kalau yang sama umur dengan arwah mak tak dak yang boleh lawan buat kueh moden ni..Tok sepiah (karas), Tok Cik Tok Kasa (Kueh Bakar), Tok Munah (dodoi), Mak Kiah (Bahulu), Kak Asa (bihun kot), Tok Nah Tok aris (tak tau sebab jarang pi raya rumah dia)...Laksa rumah Kak Puan (Tok Cha), Bi hunsup (Mak Nah tok som). Cuma kak tam yang juara..tu pun juara Kueh Makmur saja..(tahun ni boleh pi pekena makmur kak tam kot).

Getah skrap dan baju raya

10 hari lagi aidilfitri menjelang tiba. Dah berapa hari tak boleh pi motong..hujan dok turun hari hari. Baju raya budak budak tak beli lagi... mana nak cekau duit ni...barang kat kedai pajak pun tak tebus lagi ...mungkin itulah keluhan arwah ayah kepada arwah mak setiap kali nak raya. Hutang kedai syarikat pun tak luak luak..ni nak pi ambil barang nak raya lagi.
Tak tau macam mana tup tup esok mak suruh siap semua sekali naik kereta Yu Chin pi Sg Petani..apa lagi Kedai Syukur atau pun kedai Osman la . Baguihnya Mad Bomber dulu dan saudara yang lain..kami tak pernah bantah pilihan baju atau seluar yang ayah pilih..ayah pilih hijau ..hijau la ..kalau biru..biru la..tak reti langsung nak pilih sendiri. Kami reda dengan apa yang dapat.
Ada orang kata hang tak boleh la nak ikut masa hang kecik kecik dulu di kampung..zaman la dah berubah..memang zaman dah berubah tapi budi bahasa..adab sopan...tak pernah berubah.....sebenarnya kalau Mad Bomber diberi pilihan memang Mad Bomber nak balik kezaman tahun 70an dulu di Selambau Hill dalam suasana menyambut raya ni..syok sungguh.

Teringat kat Tok Wan Nasir

Setiap kali 15 Ramadan Mad Bomber akan terkenangkan kepada arwah ayah yang telah kembali mengadap Ilahi 23 tahun yang lalu. Macam baru semalam saja ayah pergi. Teringat ketika itu Mad Bomber pergi bertarawikh di masjid Ampang Baru dekat dengan Politeknik Ungku Omar..kawan kawan serumah tak pergi...bila Mad Bomber balik semua pakat diam..Boga, Aziz Ayag Merah, Mat Aris Padang Serai, Mi siam Kangark, Ramli Sabak, Khalid Penang, Ki Lun Kepala Batas dan Khosim Sg Tiang semua pakat tak bercakap. Semua diam. Bila Mad Bomber tanya awat pakat diam ni ada orang mati ka...terus Aziz Ayaq Merah (La ni lecturer Politeknik) yang kami anggap ketua kami hulur satu mesej dari polis yang berbunyi " Ayah telah meninggal dunia minta balik segera" kiriman K/84158..Mad Bomber tahu itu nombor polis abang ipar Mad Bomber..mesti sahih punya berita ni. Dua minggu lagi final exam pertengahan penggal final year. Kawan kawan pakat hantar ke stesen bas Ipoh dan Mad Bomber naik bas terus ke Sg Petani.
Semalam Mad Bomber sekeluarga mengadakan majlis bacaan Yaasin sempena Fatyah exam UPSR bersekali dengan tahlil untuk arwah ayah dan mak serta abang Bon..semoga pahalanya sampai kepada roh mereka dan semoga Fathyah juga mendapat keputusan yang baik.

Wednesday, August 26, 2009

Bazar Ramadan

Sudah 5 hari kita berpuasa. Mad Bomber lega sikit sebab boleh balik seawal 4pm sepanjang bulan puasa ni..ada la masa pi round round bazar Ramadan. Dah dua tiga bazar dok pi round semua sama saja menunya. Seperkara yang ramai tak berapa perasan ialah para peniaga yang berjualan di Bazar. Yang perempuan tak tutup aurat dengan penampilan agak seksi mungkin nak tarik pembeli kot dan yang jantan pula pakai gelang, rantai dan ada yang pakai subang. Kata seorang ustaz yang pernah bagi ceramah dia kata jangan beli kalau penjual tak tutup aurat ni dan berpakaian tak ikut islam ni. Bulan posa ni teringat ais ketoi pak tam Selambau Hill. Masa berbuka menu kanji arwah mak dan jus tembikai arwah ayah tetap diingati.

Jakarta

Minggu lepas Mad Bomber ke Jakarta atas urusan kerja. Menjejak kaki ke kota metropolitan dengan kepadatan penduduk hampir sama jumlah penduduk Malaysia amat memeritkan..macet (sesak) dimana mana. Nikmat nasi padang Restoran Sederhana dan Garuda pasti tidak mudah dilupa. Seperkara yang menjadi iktibar ialah betapa kita amat bertuah berada di bumi Malaysia...sedih bila melihat kanak kanak sebaya Sarah mendukung adik sebaya Wawa meminta sedekah ditepi jalan dengan mata yang kuyu dan pakaian yang compang camping. Mad Bomber hulur 1000 rupiah si kakak merayu rayu minta lagi sebab tak cukup katanya. Pesan pemandu teksi jangan beri nanti ramai akan ekori awak..memang betul lepas itu ramai yang mengelingi Mad Bomber menghulur tangan. Semasa berjalan jalan dipasar hampir mengalir air mata Mad Bomber bila seorang adik menarik abangnya di atas papan yang dipasang roda..siabang kejang kaku akibat angin ahmar terlentang dipapan tersebut ditarik ditengah panas meminta belas kasihan orang ramai menghulur sesuatu untuk rezeki mereka berdua. Pada maghrib ramai yang mandi manda ditepi longkang pinggir jalan dengan anak anak kecil terlanjang bulat...nak kenak pampers macam Wawa jauh sekali agaknya. Seorang pemandu teksi memberitahu dia merantau bersama isteri dan seorang anaknya dari Padang Sumatera sejauh 28jam perjalanan darat demi mencari rezeki di kota ini,dengan menyewa rumah dengan kadar RM180 sebulan dia masih tidak mampu membayar sewa tersebut dengan hasil teksi yang tidak seberapa. Seperkara yang bagusnya ialah pemandu kenderaan di Jakarta lebih berdisiplin berbanding pemandu di KL. Mungkin satu hari Mad Bomber akan kesana lagi bersama Wawa.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

10 mei setiap tahun walaupun tidak secara rasminya semua negara menyambut hari ibu. Bersempena hari ibu ini juga Mad Bomber terkenangkan kepada arwah ibu tersayang Che Soo binti Saad. Seorang ibu dan merangkap bapa setelah bapa pergi terlebih dahulu. Insan bernama Che Soo Saad adalah satu satu nya nama yang setiap hari tersemat dihati Mad Bomber, sekurang kurang setiap solat 5 waktu doa buat mu ibu tidak pernah terlepas. Didoakan rohmu sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh para syuhada dan solihin.
Terkenangkan perit jerihmu menoreh getah sejak Mad Bomber mengenal dunia ini sehinggalah keakhir hayatmu. Masih segar diingatan bagaimana tidurmu sekadar beberapa detik demi membuat persediaan kuih untuk dijual. Terbayang bayang kudratmu membuat kerepek pisang dan ubi demi membesar anak anak yang tidak tahu betapa sukarnya kehidupanmu keika itu. Paginya kau menoreh getah secara pawah dan petangnya membuat bendang secara sambilan. Syukur kerana Mad bomber menamatkan quran dibawah tunjuk ajarmu.
Acar limau mu membuat kerinduan kepadamu ibu tambah menebal. Lama sudah tidurku tidak bermimpikan kehadiranmu.
Mengayuh basikal sejauh 4 batu setiap pagi membawamu ke kebun getah seolah olah baru semalam berlalu...kena berleter sebab malas menolong menoreh dulu seperti minggu lepas saja..menghantar kueh kekedai seperti aktiviti harian saja...kau tidak pernah mengeluh bila kueh kueh di kedai pak tam banyak yang tidak habis...itu saja rezeki kita hari ni...petua arwah ibu yang diamalkan sehingga kini cium duit setiap kali dapat rezeki atau gaji.
Wahai ibuku pesananmu untuk anak anakmu jadi orang tetap diingat...tak guna belajar tinggi kalau tak jadi orang. Sembahyang jangan tinggal..itulah ingatan dan pesanan acapkali diulang ulang.
Buat ibu dan ayah...kami anak anakmu sentiasa mendoakan rohmu berdua ditempatkan disisi orang orang yang diredai. Semoga hidupmu di alam barzakh beroleh perlindungan dari Allah hendaknya..alfatihah.